Penggunaan plug elektrikal di Perpustakaan


Sejak akhir-akhir ini didapati ramai pengguna perpustakaan menggunaan komputer riba masing-masing di ruang bacaan dengan menggunakan sama ada plug elektrikal pada dinding bangunan atau meja bacaan.

Pihak perpustakaan meminta pengguna yang membawa masuk komputer riba untuk menggunakan ruang Hot Spot di Aras 3 dan Aras 4(bersebelahan ruang Audio Visual) yang telah disediakan kapasiti elektrikal yang bersesuaian dengan komputer riba.

Penggunaan komputer riba (dengan sambungan plug elektrik) selain daripada ruang-ruang yang dinyatakan di atas akan menyebabkan boleh berlakunya blackout di bangunan perpustakaan di samping berkemungkinan berlakunya kerosakan terhadap komputer riba pengguna. Ini adalah kerana kapasiti plug elektrikal berkenaan adalah kecil dan tidak sesuai dengan komputer riba (terutamanya plug elektrik di meja bacaan yang telah dikhususkan untuk lampu bacaan).

Pihak perpustakaan telahpun mengeluarkan amaran melalui sistem siaraya mengenai perkara ini dari masa ke semasa dan anda akan ditegur sekiranya didapati melakukannya. Pihak perpustakaan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan peralatan yang anda gunakan semasa di perpustakaan yang di dapati akibat daripada perbuatan ini.

Sekian, dimaklumkan.