Pesta Buku Hari Literasi Sedunia 2011



Program ini diadakan sempena sambutan Hari Literasi Sedunia peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyertaan akan melibatkan syarikat dan pembekal bahan bacaan. Satu pemilihan buku untuk perpustakaan akan diadakan dikalangan pensyarah.

OBJEKTIF
  1. Memupuk amalan membaca sebagai gaya hidup;
  2. Mendedahkan warga UPSI dan masyarakat kepada bahan-bahan bacaan yang pelbagai dan terkini;
  3. Menggalakkan pembacaan buku-buku ilmiah dan akademik;
  4. Menonjolkan fungsi perpustakaan sebagai penggerak budaya membaca dan cinta kepada ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat setempat.