Pada 14 Februari 2013, Perpustakaan Tuanku Bainun berjaya mengadakan satu mini Workshop of Application on Citation untuk para pensyarah yang aktif dalam penulisan dan penerbitan bagi Scopus dan ISI Web of Knowledge. Workshop ini bertempat di Makmal Latihan IT, Perpustakaan Tuanku Bainun.
Penceramah - Dr. Mohamad Nor Azhari Azman, Pensyarah FPTV |
Workshop ini kerjasama di antara Unit Sumber Media & Terbitan Bersiri, Bahagian Perolehan dan Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat berjaya mengumpulkan 15 pensyarah yang aktif dalam penulisan dan penerbitan artikel jurnal dalam bidang masing - masing. Fasilitator adalah Dr. Mohamad Nor Azhari Azman, Pensyarah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
Para peserta memberi tumpuan |
Tujuan utama workshop ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para pensyarah UPSI yang aktif dalam penulisan dan penerbitan jurnal berimpak tinggi supaya mereka sentiasa peka akan keperluan penulisan mereka yang memberi impak kepada penerbitan universiti amnya.
Penulisan dan penerbitan artikel yang ditulis boleh dikemaskini data terutama penggunaan nama universiti dengan betul. Hadiri yang hadir diberikan maklumat untuk mewujudkan satu standard dalam penulisan dan penerbitan bagi keperluan jurnal - jurnal berimpak tinggi. Penerangan yang diberikan oleh fasilitator membantu para peserta dalam mengemaskini data mereka di dalam Scopus dan mewujudkan Researcher ID dalam ISI Web of Knowledge.
Merujuk kepada saranan daripada Amanat Tahun Baharu 2013 Dato' VC dalam mengalakan budaya penyelidikan dan penerbitan. Perpustakaan mengambil peluang ini untuk bersama - sama untuk membantu dalam menyediakan keperluan penyelidikan di kalangan pensyarah khususnya membekalkan keperluan maklumat yang terkini dan releven serta mengadakan bengkel dan latihan mengikut keperluan.
Di akhir workshop ini,
para peserta berjaya mewujudkan satu Researcher ID dan Google Scholar
ID serta mengemaskini data dalam Scopus yang dapat membantu para
pensyarah dalam meningkatkan jumlah penulisan dan penerbitan mereka.
Dengan peningkatan penulisan di kalangan para pensyarah UPSI dapat membantu dalam menaikan ranking penerbitan artikel universiti di dalam dan luar negara.
Sekian.
Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna dan Unit Sumber Media & Terbitan Bersiri
Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.
2013