Persidangan
ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan input daripada
perpustakaan-perpustakaan di Malaysia dalam pembangunan sistem dalaman untuk meningkatkan
perkhidmatan kepada pengguna, memperkenalkan produk inovasi terkini yang digunapakai di
perpustakaan dalam dan luar negara serta menjalinkan kerjasama dan meluaskan jaringan dalam
kalangan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat di dalam memacu
perkhidmatan perpustakaan.
Persidangan ini
berjaya mengetengahkan inovasi-inovasi sistem yang dibangunkan oleh
perpustakaan dalam dan luar negara ke dalam satu platform perkongsian yang
boleh dimanfaatkan bersama. Jumlah kehadiran pembentang, peserta dan pemamer
adalah seramai 111 orang. Sebanyak 14 kertas kerja telah dibentangkan termasuk
2 kertas kerja daripada pengucaptama.
Ucapan perasmian oleh YBhg. Professor Dato' Dr. Zakaria bin Kasa, Naib Canselor UPSI |
Ucaptama oleh Mr. Adam Brimo, CEO of Faouder Open Learning |
Persidangan ini
berjaya mendedahkan para peserta terhadap pembangunan sistem yang dibangunkan
sendiri oleh perpustakaan-perpustakaan seluruh Malaysia yang memberikan impak
secara langsung atau tidak langsung terhadap proses kerja serta perkhidmatan
dan kemudahan kepada pengguna.
Sistem dan inovasi
yang diketengahkan akan menjadi medan untuk membuka lembaran baru dengan
mengurangkan kebergantungan kepada vendor atau syarikat luar, sekaligus
menyaksikan kebangkitan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat
berganding bahu dalam merealisasikan pembangunan sistem dalaman termasuk
perpustakaan digital.
Antara pembentang kertas kerja dan Pengerusi Sesi Dr. Nor Edzan bt. Che Nasir |
Sesi demo oleh pemamer inovasi |