Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima jemputan untuk membuka booth "Budaya Membaca" bersempena dengan sambutan Hari Thalassemia Peringkat Hospital Slim River Perak bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Pelbagai aktiviti diadakan untuk semua pesakit thalassemia dan keluarga pesakit diantaranya adalah :
✔️ Promosi keahlian luar
✔️ Jingsaw Puzzle
✔️ Pameran Kemudahan Perpustakaan
✔️ Story Telling
✔️ Word Search
Semoga aktiviti dan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang! Tidak lupa juga terima kasih kepada ahli jawatankuasa Kelab Sahabat Perpustakaan atas kesudian turut serta dalam program ini.
Maskot Perpustakaan, Dr. Hoothoot bergambar bersama pihak pengurusan hospital |
Pesakit-pesakit thalassemia meluangkan masa di booth perpustakaan |
Dr. Hoothoot menghiburkan pesakit dan tetamu yang hadir |