Pada 2 Februari 2024, bersempena dengan Hari Terbuka Perpustakaan, satu program "Dari Forensik ke Seni Memasak Bersama Shafiq Cute" menampilkan figura yang sinonim dengan memasak sambil tersenyum iaitu Mohd Shafiq Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Shafiq Cute. Bagi mereka yang gemar melayari media sosial sambil mencari resepi masakan pasti juga tersenyum apabila melihat gelagat jejaka yang berusia 31 tahun ini.
Sepanjang satu jam bual bicara, beliau berkongsi kisah kehidupan sebagai seorang pempengaruh masakan dan dalam masa yang sama turut menggalas tugas sebagai seorang pegawai forensik. Majlis diserikan dengan persembahan resepi masakan kerabu epal Syafiq Cute. Peminat beliau yang hadir turut sama membantu dalam menyediakan bahan-bahan masakan yang digunakan dalam resepi tersebut. Kerabu epal yang ringkas dan mudah dibuat ini mendapat pujian daripada penonton yang hadir. Seramai 296 orang peserta telah menghadiri sesi perkongsian ini.
Setakat ini, TikTok Shafiq yang menggunakan nama @shafiqcute itu telah mendapat lebih daripada 500 ribu pengikut yang rata-ratanya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa.