Lawatan Penanda Aras Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan

 

      Pada 9 Mei 2024, sembilan (9) orang pensyarah dari Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan telah hadir bagi tujuan lawatan penanda aras  ke Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB).

Puan Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan Unit Promosi dan Seranta, memberikan taklimat ringkas mengenai PTB kepada para pensyarah. Ini memberi mereka gambaran yang jelas mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan.

Encik Mohd Razalli bin Ahmed Termizi, Timbalan Ketua Pustakawan Bahagian Pembangunan Teknikal, berkongsi ilmu dan pengalaman dalam teknik proses bahan kepada pensyarah. Ini adalah peluang berharga bagi mereka untuk memperluaskan pengetahuan dalam bidang ini. Puan Najah Saghirah binti Haroman, Pustakawan Kanan Bahagian Penjanaan dan Risiko, mempromosikan keahlian luar perpustakaan kepada pensyarah.

Diharapkan lawatan ini tidak hanya memberi manfaat kepada pensyarah, tetapi juga meningkatkan mutu kerja mereka. Selain itu, diharapkan lawatan ini akan mempererat hubungan antara PTB dengan komuniti luar serta membuka peluang kerjasama yang lebih efektif di masa depan. 

Pensyarah-pensyarah yang hadir 

Encik Mohd Razalli bin Ahmed Termizi, Timbalan Ketua Pustakawan Bahagian Pembangunan Teknikal

Puan Najah Saghirah binti Haroman, Pustakawan Kanan Bahagian Penjanaan dan Risiko, mempromosikan keahlian luar perpustakaan

    Puan Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan Unit Promosi dan Seranta, memberikan taklimat Perpustakaan

 Menerima cenderahati berupa pokok bunga wakil dari KV Teluk Intan