Library Roadtour Fakulti Pembangunan Manusia (FPM)

 


     Aktiviti Library Roadtour yang diadakan pada 5-6 Jun 2024 di Fakulti Pembangunan Manusia adalah suatu inisiatif yang sangat baik dalam mempromosikan perkhidmatan dan sumber yang disediakan oleh perpustakaan kepada pelajar dan komuniti luar. Pengisian yang pelbagai seperti Fun Games, Books on Wheels, New Book Alerts, jualan cenderamata, dan konsultansi penyelidikan pasti memberi pengalaman yang bermanfaat kepada para pengunjung.

Kehadiran 86 orang pengunjung menunjukkan minat yang tinggi terhadap aktiviti tersebut, dan aktiviti Fun Games yang menjadi tumpuan utama berjaya menarik perhatian pelajar terhadap perkhidmatan perpustakaan. Hadiah diberikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan adalah satu cara yang baik untuk mengiktiraf penyertaan mereka.

Inisiatif seperti ini adalah penting dalam membina kesedaran tentang perkhidmatan perpustakaan dan memberi peluang kepada pelajar dan masyarakat untuk memanfaatkan sumber yang disediakan. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini akan terus memperkukuh hubungan antara Perpustakaan Tuanku Bainun dengan komunitinya.  

Kunjungan Dato Naib Canselor

Fun Games

Promosi Keahlian Luar

Wajah ceria peserta

Berfikir sebelum memulakan permainan
   
Hadiah Fun Games

 Ahli jawatan kuasa yang terlibat