Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah mengadakan lawatan penandaarasan ke empat perpustakaan akademik dari 26 hingga 28 Ogos 2024. Delegasi PTB yang diketuai oleh En. Mohamed Zaid Bin Mohamed Idris melibatkan 33 orang kakitangan iaitu 11 orang kakitangan pengurusan dan profesional serta 22 orang kakitangan pelaksana. Lawatan ini merupakan kesinambungan daripada lawatan yang telah dibuat sebelum ini iaitu lawatan ke anjung Utara dan anjung Selatan. Lawatan kali ini majoritinya terdiri daripada kakitangan bahagian perkhidmatan dan selebihnya wakil-wakil dari bahagian teknikal dan Perpustakaan Digital UPSI.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai perkhidmatan dan kemudahan, proses kerja, serta berkongsi amalan terbaik. Perpustakaan yang dikunjungi adalah Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (PUMPSA), Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB), dan Pejabat Perpustakaan Dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Lawatan ini berjaya mencapai objektifnya dengan memberikan pengalaman dan pengetahuan tambahan kepada kakitangan PTB.
Taklimat berkaitan perkhidmatan kaunter wakil dari PUMPSA
Bergambar Kenangan di UMPSA |
Perpustakaan Al-Wathiqubillah, UNISZA
Taklimat di UNISZA UMK Taklimat di UMK |
Penyerahan cenderamata |