Pada 13 September 2024, lima orang wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Behrang telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan penubuhan SK Behrang sempena dengan Sambutan 100 Tahun sekolah tersebut. Selain itu, mereka juga berkesempatan melawat Galeri Muallim yang memaparkan sejarah pendidikan di daerah Muallim.
Kehadiran PIBG disambut dengan mesra oleh Encik Mohd Razalli bin Ahmad Termizi, Timbalan Ketua Pustakawan, bersama Puan Firdausiah bt Ahamad, Pustakawan Kanan. Sesi lawatan tersebut penuh dengan perkongsian maklumat yang bermanfaat, yang diharapkan dapat membantu memperkaya sambutan ulang tahun ke-100 SK Behrang serta memperkukuhkan hubungan antara sekolah dan Perpustakaan Tuanku Bainun.
Lawatan ini juga menjadi peluang penting dalam membina kerjasama lebih erat antara komuniti sekolah dan perpustakaan, demi kemajuan pendidikan dan peningkatan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Penerangan daripada Pn Firdausiah