Program Khidmat Masyarakat : Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan, Pulau Pangkor







Program Khidmat Masyarakat anjuran PTB bersama-sama dengan rakan penganjur iaitu Pusat Transformasi Komuniti & Universiti (UCTC) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPK) telah berjaya dijalankan pada 27 hingga 30 September 2020 bertempat di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, daerah Manjung, Pangkor. Ianya bertujuan untuk melaksanakan penaiktarafan Pusat Sumber sekolah dan seterusnya menjenamakan semula ia sebagai Maktabah Al- Ridzuan. Selama tiga hari program berlangsung, ruang pusat sumber diberi persekitaran baharu, buku diproses dengan sistematik dan instalasi kepada sistem perpustakaan iaitu RecentSys bagi menambahbaik pengurusan dan fungsi sesebuah pusat sumber. Majlis perasmian pusat sumber telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan, Pn.Siti Sumaizan Ramli turut diadakan pada 30 September 2020.  


Perbincangan awal bersama Tuan Pengetua sebelum memulakan projek CSR

Keadaan pusat sumber sebelum dinaiktaraf


Bermulanya kerja-kerja menaiktaraf






Pn. Siti Sumaizan, Ketua Pustakawan PTB bersama wakil dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak merasmikan pusat sumber






Keadaan buku yang lebih teratur

 

Persekitaran baharu pusat sumber 



AJK CSR bergambar kenang-kenangan