Projek Menaiktaraf Perpustakaan Mini Pulau Tuba

 


  

        Pada hujung November 2019, Pulau Tuba yang merupakan pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi telah menjadi pilihan tempat bagi menjalankan projek Universiti Untuk Masyarakat (U4S) yang diilhamkan Menteri Pendidikan terdahulu yang menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) 2015 – 2025.Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) merupakan salah satu jawatankuasa induk U4S zon utara dan telah diberi tanggungjawab oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menaiktaraf perpustakaan mini Pulau Tuba dengan tujuan memberi kemudahan dan akses kepada bahan bacaan disamping dapat meningkatkan minat membaca dikalangan komuniti terutama pelajar-pelajar sekolah. Justeru itu, UCTC telah menjemput Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) untuk bekerjasama dan berganding bahu merangka keperluan menaiktaraf perpustakaan mini di Pulau Tuba dengan beberapa fokus utama iaitu pengubahsuaian, penambahbaikan fasiliti dan pembangunan koleksi.

    
         
Keadaan di luar perpustakaan

Keadaan di dalam perpustakaan


Kerosakan bahan bacaan


Kerosakan bahan bacaan 


Fasa Pertama (27 hingga 31 Januari 2020)

Seramai 9 orang yang terdiri daripada kakitangan UCTC serta PTB telah turut sertadalam fasa ini bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan, mengecat dan pembaikan bangunan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dan bersambung sehingga jam 10.00 malam.


Mengasingkan bahan untuk proses pembuangan


Memulakan kerja-kerja pembersihan


Kerja-kerja pembersihan di luar perpustakaan

Kerja-kerja pembersihan di dalam perpustakaan




Membaikpulih bangunan




Mengecat bangunan

Hasil dari fasa pertama


Fasa Kedua (24 hingga 29 Februari 2020)

Fasa seterusnya diadakan pada 24 hingga 29 Februari 2020 yang telah disertai oleh 10 orang kakitangan dan pelajar UPSI. Dalam fasa ini, fokus utama kerja-kerja adalah dekorasi hiasan dalaman dan membangunkan semula koleksi perpustakaan sebelum majlis perasmian yang dijadualkan pada 28 Februari 2020.


Kerja-kerja pemasangan karpet


    Pengkelasan, pelabelan dan penyusunan bahan bacaan




Hasil selepas perpustakaan mini Pulau Tuba siap di naiktaraf

    Pada 28 Februari 2020, Perpustakaan Mini Pulau Tuba telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Mohd. Cairul Iqbal b. Mohd. Amin (Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi- Penyelidikan dan Antarabangsa). Sehingga kini, perpustakaan mini ini telah mempunyai 313 naskhah hasil daripada sumbangan luar seperti Karangkraf, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) serta individu persendirian. Pihak PTB juga akan terus berusaha untuk menambah koleksi buku dari masa ke semasa agar dapat memupuk minat membaca terutama dikalangan anak-anak penduduk.



Ketika majlis perasmian perpustakaan mini Pulau Tuba




Anak-anak penduduk turut mendapat manfaat daripada pemulihan semula perpustakaan