Wacana Peradaban Seni Dalam Islam Dan Majlis Penutupan Pameran Alwani Nurani

 



Pada 26 Februari 2020, Institut Peradaban Melayu (IPM) dengan kerjasama Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menganjurkan Program Wacana Peradaban Seni Dalam Islam dan Majlis Penutupan Pameran Alwani Nurani. Wacana anjuran bersama ini telah menjemput dua orang pembentang iaitu En. Mazlan Noor Along (pelukis) dan Dato Dr. Baharuddin Ahmad (Felo Kanan,ISTAC, IIUM) bertempat di Auditorium PTB pada jam 2.30 petang.Penyertaan adalah seramai 155 orang sepanjang aktiviti ini berlangsung. Sejurus tamat program wacana, dalam satu majlis ringkas iaitu Penutup Pameran Lukisan Memperingati  Pendeta Za’ba. Pameran yang telah berlangsung  dari 25 November 2019 – 25 Februari 2020 telah mencatat kunjungan seramai 43,907 orang itu  telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar. Antara pengisian utama sepanjang program ini adalah :

       Pembentangan isu Seni Dalam Islam

       Persembahan deklamasi sajak

       Persembahan deklamasi syair


Pelajar-pelajar dan kakitangan yang turut serta

Pembentang iaitu En. Mazlan Noor Along dan Dato Dr. Baharuddin Ahmad (Felo Kanan,ISTAC, IIUM) 

Persembahan
Syair yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan


Sajak yang disampaikan oleh Datin Haryani Haron