Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

 

Peserta Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah bergambar bersama warga UCTC Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI dan wakil PPD di Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba Langkawi selepas tamat program.


9 -10 November 2021, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) bantu lestarikan pengurusan perpustakaan sekolah daerah tersebut melalui penganjuran Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi di sini. Seramai 16 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang terdiri daripada 16 buah sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan menyertai bengkel selama sehari itu diadakan di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Peserta-peserta turut didedahkan dengan kaedah pengelasan bahan perpustakaan, teknik memproses, pelabelan, penyusunan aturan bahan di rak serta pelupusan bahan perpustakaan. Bengkel pemindahan kepakaran tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tunku Bainun UPSI, Mohd Razalli Ahmad Termizi, serta pegawai-pegawai perpustakaan, Firdausiah Ahamad dan Asri Adnan memperihalkan pengisian penting pengurusan pusat sumber iaitu pengenalan kepada hala tuju pusat sumber sekolah melalui pembelajaran kepelbagaian sumber dan format maklumat dan pemahaman bidang tugas GPM.

 Pn. Firdausiah memberikan penerangan kepada para peserta
   
Penerangan tentang teknik pelabelan daripada En. Mohd Asri

  
Penerangan daripada En. Mohd Razalli

Sebilangan peserta yang menyertai Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah