Majlis Pelancaran Keahlian Kehormat Perpustakaan

 


    30 Mei 2022 - Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris ((UPSI) mengorak langkah dengan memberikan Keahlian Kehormat Perpustakaan kepada ketua-ketua jabatan dalam daerah Muallim bertujuan menjalinkan hubungan strategik dan kerjasama dua hala untuk faedah kedua-dua belah pihak. Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata program yang julung-julung kali diperkenalkan itu akan memberi manfaat kepada warga Muallim untuk menikmati kemudahan yang terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun. Sebagai permulaan, katanya, keahlian kehormat dianugerahkan kepada lapan pemimpin masyarakat iaitu  OBJ daerah Muallim, YDH Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal  Ahmad; ADUN Slim,  Mohd Zaidi Aziz; Pegawai Daerah Muallim,Mohamad Fitri Hassan serta   Yang Dipertua Majlis Daerah Muallim, Mohd Ikram Ahmad. Selain itu Ketua Balai Bomba Tanjong Malim,  Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari;  Pengarah Hospital Slim River, Dr. Sivanandarajah Satgunam; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan),  Norazam Md Isa serta  Pengurus Besar Proton Tanjong Malim Sdn Bhd, Shamsul Azmin Zaini. Ahli kehormat boleh menggunakan segala kemudahan perpustakaan di Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil ini, dan UPSI Digital Library di Kampus Sultan Azlan Shah seperti yang dinikmati oleh pensyarah dan pelajar-pelajar UPSI.