Majlis Penyerahan Koleksi Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan

 



 

6 Januari 2021 jam 3.30 petang bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah berlangsung Majlis Penyerahan Koleksi Prof. Datuk Awang Sariyan, Penyandang Kursi Za'ba. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Suriani Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Turut hadir menjayakan adalah terdiri daripada kakitangan perpustakaan dan wakil daripada jabatan lain. Pada hari yang bersejarah ini Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan telah menyerahkan 500 naskhah koleksi buku beliau kepada Perpustakaan Tuanku Bainun. Jumlah ini akan terus ditambah pada masa akan datang. Diharapkan ‘Koleksi Tokoh’ di Perpustakaan Tuanku Bainun akan menjadi sumber rujukan pelajar dan penyelidik yang membuat kajian berkenaan tokoh-tokoh berkenaan. Perpustakaan Tuanku Bainun amat berbesar hati menerima sumbangan peribadi daripada Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan yang bertepatan dengan program dan kursus-kursus universiti terutamanya berkaitan bahasa dan pemeliharaan Bahasa Melayu. Profesor Dr. Suriani Abu Bakar dalam ucapannya menyeru seluruh hadirin supaya sentiasa menanam minat suka membaca kerana amalan membaca merupakan salah satu proses pembelajaran yang harus berterusan sepanjang hayat yang akan  membentuk masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Beliau juga merakamkan setingggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan yang telah memberikan khidmat bakti sebagai Penyandang Kerusi Za’ba dan menyumbang buku untuk dijadikan ‘Koleksi Tokoh'



Simbolik penyerahan koleksi

Dirasmikan oleh Prof. Dr. Suriani Abu Bakar

Melihat koleksi bahan