Program Khidmat Kelestarian Komuniti di Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ADDIN(LTDQ),Tapah (Siri 1)

 

2 Februari 2023 - Sebelum memulakan Program Khidmat Kelestarian Komuniti di Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat ADDIN(LTDQ),Tapah satu lawatan tapak telah dilakukan bagi mengenal pasti keperluan pusat sumber. Pihak sekolah melalui guru pusat sumber menyarankan untuk melaksanakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber bagi guru-guru pusat sumber dari semua cawangan ADDIN sekitar daerah Batang Padang selain dari membantu menaiktaraf ruang pusat sumber.
Daripada tinjauan wakil PTB mendapati tikar getah yang ada telah terlalu usang, bahan bacaan tidak tersusun rapi dan tidak dikatalog dengan sempurna selain itu keadaan ruang bacaan kelihatan agak suram tanpa hiasan yang mungkin dapat membangkitkan aura para pelajar untuk lebih bermotivasi. Pihak maahad juga memerlukan bahan bacaan terkini buku rujukan SPM dan bidang Qiraat. Insyaallah pihak PTB akan berusaha untuk memberikan kerjasama yang terbaik bagi merealisasikan impian guru-guru dan para pelajar.