Majlis Perasmian Pusat Sumber Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang

 


 Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan jayanya telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf pusat sumber dan menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang pada 7-8 Disember 2021 dengan penglibatan seramai 9 orang kakitangan perpustakaan. Tanggal 6 Julai 2022 Cik Noriha Muhammad, Ketua Pustakawan PTB diiringi oleh En. Mohamed Zaid Mohamed Idris, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan telah berbesar hati untuk merasmikan pusat sumber sekolah tersebut yang telah dinamakan Pusat Sumber Raudhatul 'Ilmi. Semoga dengan perubahan ini dapat menarik minat  pelajar untuk terus menerokai ilmu dan menggunakan kemudahan di pusat sumber.

Jemputan yang hadir

Cik Noriha Muhammad, Ketua Pustakawan 

Penyerahan buku sebagai  simbolik

Ketua Pustakawan, Jawatankuasa kerja CSR dan guru-guruPusat Sumber Raudhatul 'Ilmi.
,