Program Tanggungjawab Sosial Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Batang Padang



 




   

Pada 2 November 2021, pihak Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI  buat pertama kalinya telah berkunjung  ke Sekolah Menengah Tahfiz  Darul Ridzuan bagi mengadakan sesi perbincangan dan melawat tapak Pusat Sumber bagi tujuan program tanggungjawab sosial yang akan berlangsung pada 7- 8 Disember 2021. Kunjungan seterusnya pada 7-8 Disember,  wakil daripada PTB telah memulakan langkah untuk turun padang bersama-sama guru-guru Pusat Sumber dan Pengawas Pusat Sumber  bagi meneruskan gerak kerja menaik taraf dengan melaksanakan pengubahsuaian dalaman pusat sumber dan menganjurkan  Bengkel Pengurusan Pusat Sumber.

Menyusun semula kedudukan rak

Mengemaskini majalah

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


Memberi tunjuk ajar kepada pelajar dan guru cara memproses bahan

Cara mengkatalog bahan disampaikan oleh Pn.Ruziah Ahmad

En. Mohd Hizam memberi penerangan penggunaan sistem ReCentSYS

Membuat latihan amali memproses bahan

Hasil menaik taraf dan menyusun atur semula pusat sumber

Barisan ahli jawatankuasa CSR bersama pentadbir, guru-guru media dan pengawas pusat sumber sekolah