Lawatan : Delegasi dari Uzbekistan

 

         15 Januari 2024, Perpustakaan Tuanku Bainun menerima kunjungan seramai 6 orang delegasi dari Uzbekistan. Lawatan ini bertujuan untuk mengkaji perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan kepada warga UPSI dan masyarakat tempatan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat.

    Lawatan ini merupakan peluang bagi Perpustakaan Tuanku Bainun untuk berkongsi pengalaman dan praktik terbaik dengan delegasi dari luar negara, serta memperluas jaringan kerjasama dalam bidang pendidikan dan perpustakaan. Ini juga merupakan peluang untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada dan menjelaskan sumbangan Perpustakaan Tuanku Bainun kepada komuniti pendidikan tempatan dan kebangsaan.