Majlis Perasmian Hari Terbuka Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) 2024

 

    

       Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)  membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai menerusi penganjuran Hari Terbuka Perpustakaan selama tiga hari bagi memberi ruang mengenali dengan lebih dekat fungsi perpustakaan sebagai tempat galakan membudayakan ilmu, pembacaan dan pembelajaran.

Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff yang menyempurnakan majlis perasmian ini memetik kata-kata daripada Buya Hamka bahawa “orang yang berakal, hidupnya untuk masyarakat”. Justeru, Hari Terbuka ini adalah satu inisiatif yang amat baik supaya kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja untuk warga UPSI tetapi juga boleh digunapakai bersama masyarakat setempat.

Pada majlis yang sama, Dato’ Dr. Md Amin turut melancarkan buku bertajuk “Dari Dussek ke Perpustakaan Tuanku Bainun” yang dihasilkan oleh pustakawan-pustakawan PTB.

Kehadiran lebih kurang 3,000 pengunjung selama tiga hari berturut-turut membuktikan perpustakaan ini menjadikan bumi Muallim sebagai bumi ilmu. Manakala Ketua Pustakawan PTB, Cik Noriha Muhammad berkata pelbagai aktiviti acara diadakan sempena hari terbuka ini.

Antaranya adalah bengkel Copywriting,Storytelling & Storyselling, Let’s Talk@UPSI bersama Puan Masitah Affandy atau lebih dikenali sebagai Puan Mashy, demo memasak bersama Shafiq Cute dan yang paling menerujakan adalah aktiviti bermalam di perpustakaan julung kali diadakan di peringkat perpustakaan akademik. 

Dato' Naib Canselor menyantuni penerima anugerah peminjam terbanyak

Jemputan  VIP dan wakil agensi

Jawatankuasa Pengurusan Universiti

Ucapan daripada Ketua Pustakawan Cik Noriha Muhammad

Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff

Persembahan daripada pelajar

Gimik perasmian