Lawatan Pelajar Jepun : Culture Exchange Program Between Japan Da’wah Centre and Ulul Albab Centre

 

28 Februari 2024, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) menerima kunjungan dari 5 orang pelajar dari Jepun di bawah Program Pertukaran Budaya antara Japan Da’wah Centre dan Ulul Albab Centre. Kunjungan ini disambut oleh Puan Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan PTB.

Para pelajar diberi peluang untuk mengunjungi persekitaran perpustakaan dan melihat sendiri pelbagai perkhidmatan serta kemudahan terkini yang ditawarkan kepada pengguna PTB. Harapannya, kunjungan ini dapat memberikan input dan maklumat yang bermanfaat kepada para pelajar ketika mereka kembali ke Jepun.

PTB sangat berbesar hati atas kunjungan ini dan mengucapkan Arigatōgozaimasu atas kesempatan untuk berinteraksi dan berkongsi pengetahuan dengan pelajar dari Jepun.

     Penerangan disampaikan oleh Puan Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan

Menunjukkan hasil kerja pelajar

        Menjawab pertanyaan pelajar Jepun

    Galeri Muallim

    Salah seorang pelajar Jepun yang hadir    

Melihat koleksi bahan PTB