Sesi Perkongsian bersama Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah, pada 1 Februari 2024 bertajuk “Berani Jangan Semborono : Tips Selamat Mengendalikan Haiwan Berbisa”. Wakil pihak bomba, Tuan Shamsuddin bin Hussain memberi penerangan berkaitan dengan pengendalian ular berbisa, habitat dan karektor ular yang mungkin dapat membantu masyarakat sekiranya berhadapan dengan saat kecemasan sewaktu berhadapan dengan reptilia merbahaya ini.
Pihak ABPM bukan sahaja memberikan taklimat berkaitan dengan pengendalian haiwan berbisa iaitu ular, sesi demo turut diadakan bersama tetamu istimewa iaitu 2 ekor ular sawa batik dan seekor ular tedung selar yang dibawa bersama oleh ABPM.