Copywriting untuk Usahawan Muda : Menulis Sehinggakan Orang Membeli

 

   

1 Februari 2024 -Zamri Mohamad  ialah seorang penulis buku bukan fiksyen di Malaysia. Bukunya banyak diterbitkan oleh syarikat PTS Publications  & Distributors Sdn. Bhd. Beliau mula menulis secara tidak sengaja setelah menghadiri kursus penulisan oleh Puan Ainon Mohd. 

Tuanku Bainun telah mengadakan dua sesi perkongsian ilmu bersama beliau, Ikon Membaca UPSI, Encik Zamri Mohamad iaitu bengkel Copywriting Untuk Usahawan Muda dan Penulisan Kandungan Bercerita; Storytelling, Storyselling.

Dua bengkel secara percuma ini dibuat khas untuk warga UPSI dan komuniti luar bersempena dengan Hari Terbuka Perpustakaan. Seramai 57 orang peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang kerjaya.

Rata-rata para peserta berpuas hati dengan ilmu yang telah dikongsikan oleh beliau dan berharap akan ada lagi perkongsian ilmu yang sebegini.