Let’s Talk@UPSI - Siri 1/2024 : “Bahagia Itu Bagaimana Sebenarnya?”

 


      2 Februari 2024 - Buat pertama kalinya, Let’s Talk@UPSI bagi tahun 2024 telah diadakan secara bersemuka di pentas utama, Perpustakaan Tuanku Bainun bersempena Hari Terbuka Perpustakaan dan juga dalam talian melalui media sosial perpustakaan. Program hebat ini telah mencatat jumlah tontonan seramai 3,273 orang.

Kupasan topik “Bahagia Itu Bagaimana Sebenarnya?” membicarakan tentang kisah hidup Pn.Masitah Affandy atau lebih dikenali sebagai Puan Mashy yang telah hilang penglihatan selepas kemalangan, namun masih cekal dan bersikap positif untuk terus memberikan manfaat kepada keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Kata-kata positif sentiasa meniti dibibir wanita manis ini menunjukkan beliau redha dengan setiap ketentuan dari ilahi. Mashy melatih diri mengggunakan perkataan-perkataan yang baik setiap hari, melihat dan memahami konsep dari perspektif positif. Dengan cara itu secara automatik seseorang akan menjadi seorang yang positif.

Encik Zamri Mohamad,  Ikon Membaca UPSI telah sudi menjadi moderator kepada aktiviti ini. Satu bual bicara yang santai dan membuatkan ramai bermuhasabah diri supaya sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang telah Allah kurniakan. 

Dari kiri En.Nik Nazri Abidin (suami Mashy), Pn.Masitah Affandy, Cik Noriha Muhammad (Ketua Pustakawan dan Encik Zamri Mohamad (moderator)

Mashy tenang menjawab segala soalan yang diajukan
  
    Penonton yang hadir secara bersemuka 

Sesi soal jawab

Soalan yang diajukan oleh wakil daripada MPP

Penyampaian cenderamata dari pihak PTB

Menyantuni peminat yang hadir