Lawatan Penanda Aras Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

 

       
  Perpustakaan Tuanku Bainun mengalu-alukan kedatangan Encik Mahadir Che Ali, Pustakawan Kanan, Seksyen Sistem & Teknologi Maklumat Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 7 Mac 2024.

Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan telah berbesar hati menerima kunjungan pada hari ini dan mempengerusikan perkongsian ilmu berkaitan Pembangunan Perpustakaan Digital UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah. Turut sama berkongsi ilmu, Encik Rozman Che Ross Pustakawan Kanan, Perpustakaan Digital.

Terima kasih atas kesudian pihak PLH mengadakan lawatan tanda aras ini. Diharap apa yang telah dikongsikan mencapai objektif dan keperluan yang diperlukan.

Encik Mohamed Zaid Mohamed Idris, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan

Encik Mahadir Che Ali, Pustakawan Kanan, Seksyen Sistem & Teknologi Maklumat Perpustakaan Laman Hikmah (PLH),UTeM

Encik Rozman Che Ross Pustakawan Kanan, Perpustakaan Digital