Petting Zoo

 

 03 Februari 2024 - Aktiviti Petting Zoo bersama Ultimate Creatures yang membawa pelbagai spesis  haiwan dari dalam dan luar negara seperti ayam import, Syrian Hamster, Ball Python, Corn Snakes, Cavy, Water Dragon Sudan Plated Lizard, Tarantula dan beberapa spesis lain. Bayaran tiket yang dikenakan adalah sebanyak RM3 seorang.

Aktiviti ini berjaya menarik minat lebih 300 pengunjung terutama kanak-kanak. Selain belajar mengenai haiwan, pengunjung juga dapat bermain, memberi makan dan menangkap gambar bersama haiwan tersebut. Aktiviti ini mendapat pujian dan sambutan luar biasa daripada komuniti Tanjong Malim.