Tayangan filem


   

    

Aktiviti Tayangan Filem telah dilaksanakan pada 01 - 03 Februari 2024 bertempat di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun. Anggaran seramai 136 orang telah hadir untuk tontonan filem selama 3 hari yang terdiri daripada warga UPSI dan orang awam. 

Memberi peluang dan pengalaman kepada anak-anak menyaksikan filem seolah-seolah berada dalam pawagam bersama keluarga atau rakan-rakan. Anak-anak kecil kelihatan amat teruja dengan aktiviti tayangan ini.

Antara filem yang ditayangkan adalah Rebel Moon, Gemencheh Boys, Leo, Malbat dan Mechamato. Penonton yang hadir pada hari terakhir tayangan telah diberi popcorn dan gula-gula secara percuma. Jualan popcorn dan Photo Booth turut disediakan di pintu luar masuk Auditorium.