Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah dipilih sebagai tuan
rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas Rekod & Arkib
Universiti Awam bil. 2/2024 dan lawatan penandaarasan ke Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada 20 hingga 21 November 2024. Ahli jawatankuasa terdiri
daripada pustakawan rekod dan arkib universiti dari seluruh IPTA di Malaysia.
Sepanjang dua hari tersebut, PTB telah mengadakan beberapa program, termasuk
lawatan berpandu ke sekitar Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang dikendalikan
oleh Dr. Raja Ahmad Shalaby bin Raja Hassan, Pustakawan Kanan PTB. Lawatan ini
bertujuan untuk mempromosikan UPSI yang kaya dengan warisan seni bangunan lama
serta sejarahnya yang unggul dalam bidang pendidikan di Malaysia. PTB juga
menyampaikan taklimat mengenai pengurusan koleksi khas dan arkib universiti,
yang disampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Muliati bt Abdul Samad, sebagai
perkongsian kepada semua ahli.
Kerjasama baik turut diterima daripada pihak Institut Peradaban Melayu yang
memberikan taklimat mengenai permuziuman dan galeri. Taklimat ini telah
disampaikan oleh Dr. Fareez bin Vincent Amos @ Mohd Fadly, Timbalan Pengarah
(Permuziuman dan Galeri) IPM. Kunjungan juga turut diadakan ke Muzium
Pendidikan Nasional dan Rumah Za’ba.
Program pada hari kedua merupakan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Fokus Khas
Rekod & Arkib Universiti Awam yang dipengerusikan oleh Ts. Hj. Azizi b Hj.
Jantan (Ketua Pustakawan UiTM). Melalui sesi ini, pelbagai idea dan strategi
telah dikongsikan untuk memastikan rekod dan arkib universiti diurus dengan
sistematik, mampan, dan sesuai dengan keperluan semasa. Mesyuarat ini juga
menjadi medan untuk memperkukuh identiti universiti, selain meningkatkan
peranan arkib dalam menyokong tadbir urus dan legasi institusi pendidikan.
Sebahagian daripada peserta lawatan
Taklimat wakil dari Institut Peradaban Melayu
Lawatan ke Muzium Pendidikan Nasional