Lawatan Penanda Aras Knowledge Centre, Malaysian Bioeconomy Development Corporation


    Pada tarikh 18 Disember 2024, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menerima kunjungan istimewa daripada 4 orang pegawai dari Knowledge Centre, Malaysian Bioeconomy Development Corporation. Lawatan yang diketuai oleh Puan Faizah Pakhrurazi, Pengurus Kanan Knowledge Centre, bersama tiga lagi pegawai dari Malaysian Bioeconomy Development Corporation, bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang pengurusan perpustakaan serta untuk berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan koleksi sains dan teknologi.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan dan berkongsi pengetahuan mengenai amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan. Selain itu, delegasi ini juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang koleksi sains dan teknologi yang disediakan oleh PTB, yang khusus untuk keperluan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

 Sebagai sebuah perpustakaan yang turut menekankan kepentingan bidang bioekonomi, bioteknologi, dan industri berasaskan bio, PTB berperanan sebagai sumber pengetahuan yang sangat penting bagi penyelidikan dan pembelajaran. Lawatan ini diharap dapat membuka peluang untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara PTB dan Knowledge Centre dalam bidang yang saling berkait, terutamanya dalam pengurusan maklumat dan sumber rujukan dalam industri sains dan teknologi.

 Selain itu, lawatan ini juga membuka ruang bagi kemungkinan kerjasama lebih lanjut antara PTB dan Knowledge Centre, Malaysian Bioeconomy Development Corporation dalam bentuk perkongsian sumber, penyelidikan bersama, serta pengembangan koleksi dan program yang dapat memanfaatkan kedua-dua pihak.

Diharapkan, lawatan kerja ini bukan sahaja dapat memperkaya pengalaman dalam pengurusan perpustakaan, tetapi juga dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama antara PTB dan Knowledge Centre. Kerjasama seperti ini tentunya dapat memberikan impak positif dalam pengembangan sumber ilmu dan peningkatan kualiti penyelidikan dalam bidang bioekonomi, bioteknologi, dan sains teknologi.

Dipengerusikan oleh Pn. Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan
    
    Puan Faizah Pakhrurazi, Pengurus Kanan Knowledge Centre, bersama tiga pegawai 

    Pn. Anizah Tumin, Timbalan Ketua Pustakawan memberi penerangan berkaitan bilik karel

    Melihat koleksi sains & teknologi

    Penerangan berkaitan koleksi A. Kamaruddin

    Didalam bilik koleksi A. Kamaruddin

    Melihat hasil seni  pelajar

    Penerangan berkaitan Galeri Muallim

    Teabrary
  
    Digital Library Kampus Sultan Azlan Shah