Wacana Watak Guru Dalam Filem

 

      
     Perbincangan tentang "Wacana Watak Guru dalam Filem" yang diadakan pada 6 November 2024 di Dewan SITC, UPSI, memberi penekanan kepada bagaimana filem dapat menjadi medium yang efektif untuk mengangkat martabat dan visibiliti guru dalam masyarakat.

Salah satu contoh yang dibincangkan ialah filem "Gemencheh Boys" (2023), yang mengisahkan tentang Cikgu Azman Abd. Aziz, seorang guru disiplin di Sekolah Kebangsaan Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, yang berjaya melatih enam pelajar bermasalah sehingga mereka dapat mewakili pasukan Kriket Malaysia.

Wacana ini menampilkan dua panel utama, Cikgu Azman Abd. Aziz sebagai watak sebenar dan Pekin Ibrahim yang memerankan watak tersebut dalam filem. Program yang dimoderatorkan oleh PM Dr. Zahuri Khairani ini dihadiri seramai 1,236 peserta dan berlangsung dengan lancar.

Kesimpulannya, perbincangan tersebut memberi penekanan penting bahawa guru perlu kreatif, kuat, dan cekal dalam mendidik pelajar, terutama dalam menangani pelajar bermasalah. Filem seperti "Gemencheh Boys" juga berfungsi sebagai platform untuk menonjolkan sumbangan besar guru dalam pembangunan masyarakat, sekali gus meningkatkan penghormatan terhadap golongan pendidik. 

    Menuju ke pentas utama 

    Bersama Ketua Pustakawan

    Penonton-penonton yang menyertai program

    Tetamu jemputan 

       Bergambar kenangan