Majlis Perasmian Pesta Buku UPSI Kali ke-19

 

        7 November 2024, Hari Kedua Pesta Buku UPSI menyaksikan acara yang penuh bermakna dengan perasmian Pesta Buku UPSI Kali ke-19 di Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Majlis perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan peluncuran buku biografi Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Pelopor Pembaharuan Pendidikan Negara. Buku ini memberi penghargaan kepada sumbangan besar Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid dalam memajukan sistem pendidikan negara, mencatatkan perjalanan hidup dan jasanya yang luar biasa.

Acara bersejarah ini telah disempurnakan oleh Ybhg Puan Hajah Norhayati Ab Wahab, Timbalan Pengarah Kanan Kluster Dasar Kualiti dan Penghasilan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peluncuran buku ini bukan sahaja sebagai penghormatan kepada Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid, tetapi juga sebagai pengiktirafan terhadap pengaruh dan peranan beliau dalam mempelopori pelbagai perubahan serta pembaharuan dalam pendidikan negara.

        Persembahan tarian tradisional 

       Ucapan perasmian
   
       Perasmian Pesta Buku dan peluncuran buku biografi Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

    Melawat reruai di dalam dewan

     Menyumbangkan buku untuk Little Free Library