Program Kenali Koleksi Nadir

 

      
     Program Kenali Koleksi Nadir dianjurkan dengan matlamat memupuk kesedaran khalayak, khususnya generasi muda, tentang kepentingan dan keunikan koleksi nadir yang terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun.

Koleksi ini, yang ditempatkan di aras 3 perpustakaan, terdiri daripada bahan yang amat jarang ditemui, malah sebahagiannya tidak lagi dicetak. Sebagai khazanah intelektual yang tiada tandingan, koleksi nadir ini menyimpan khazanah warisan sejarah, budaya, dan ilmu yang melangkaui zaman, sekaligus mengungkap rahsia gemilang tamadun silam.

Program yang berlangsung pada 09 Januari 2025, merupakan hasil kerjasama antara Perpustakaan Tuanku Bainun dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Seramai 173 orang telah menyertai program dan turut sama menyaksikan sesi Diskusi Sembang Orang Muda, di mana panel terdiri daripada pelajar minor Bahasa Melayu Jawi yang mengambil Kursus Kajian Manuskrip & Sastera Melayu.

Selain itu, program ini turut memberi penghargaan kepada 30 pelajar minor Bahasa Melayu Jawi yang terlibat dalam penghasilan video ulasan buku nadir. Sebanyak tiga video ulasan terbaik telah dinobatkan sebagai pemenang dan menerima hadiah daripada pihak perpustakaan.

    Sesi Penyampaian hadiah
    
    Sesi  sembang santai

Penonton yang hadir

Lawatan ke Bilik Koleksi Nadir

Melihat Koleksi Nadir
   
        Bergambar kenangan

        Menandatangani buku pelawat