Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010 !







Warga kerja Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pelajar dan warga Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sekiranya anda mempunyai pendapat dan makluman mengenai bagaimana kami boleh mempertingkatkan perkhidmatan kami pada tahun 2010, sila emelkannya ke pustaka@upsi.edu.my

Pandangan anda kami nantikan. Selamat Tahun Baru 2010 !

EZProxy

PTB kini memperkenalkan perkhidmatan EZProxy yang memudahkan pengguna perpustakaan mengakses pangkalan data atas talian.


Dengan EZProxy ini ianya :
  • memudahkan anda mengakses kepelbagaian pangkalan data atas talian tanpa perlu berulang kali log masuk.
  • mengatasi limitasi sebilangan kecil pangkalan data atas talian yang hanya dibenarkan akses di dalam kampus UPSI.

Untuk mengakses EZProxy ini anda cuma perlu log masuk menggunakan akaun Pustaka Knowledge Portal masing-masing dan perhatikan item EZProxy pada menu My Account sejurus selepas log masuk.

Untuk sebarang permasalahan, anda boleh hubungi talian 05-4506832 untuk berhubung dengan pegawai penasihat kami.

Sekian, dimaklumkan.

Tuesday, December 1, 2009

Lawatan Kerja UniKL

Pada Isnin 23 November 2009 warga kerja Perpustakaan UniKL telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Tuanku Bainun.

Berikut adalah foto-foto sekitar lawatan kerja berkenaan :

Monday, November 30, 2009

Lawatan Kerja IPG Batu Pahat

Berikut adalah foto-foto sekitar lawatan kerja dari IPG Batu Pahat pada 20 November 2009 di Perpustakaan Tuanku Bainun :









Wednesday, November 25, 2009

Penutupan operasi PTB sempena Aidiladha 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tuanku Bainun akan ditutup kepada semua pengguna pada Hari Raya Aidiladha (27 November 2009) serta Sabtu sehingga Ahad (28-29 November 2009).

Perpustakaan akan dibuka semula pada Isnin 30 November 2009. Dengan kesempatan ini, kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua warga UPSI.

Tuesday, November 17, 2009

Penggunaan plug elektrikal di Perpustakaan


Sejak akhir-akhir ini didapati ramai pengguna perpustakaan menggunaan komputer riba masing-masing di ruang bacaan dengan menggunakan sama ada plug elektrikal pada dinding bangunan atau meja bacaan.

Pihak perpustakaan meminta pengguna yang membawa masuk komputer riba untuk menggunakan ruang Hot Spot di Aras 3 dan Aras 4(bersebelahan ruang Audio Visual) yang telah disediakan kapasiti elektrikal yang bersesuaian dengan komputer riba.

Penggunaan komputer riba (dengan sambungan plug elektrik) selain daripada ruang-ruang yang dinyatakan di atas akan menyebabkan boleh berlakunya blackout di bangunan perpustakaan di samping berkemungkinan berlakunya kerosakan terhadap komputer riba pengguna. Ini adalah kerana kapasiti plug elektrikal berkenaan adalah kecil dan tidak sesuai dengan komputer riba (terutamanya plug elektrik di meja bacaan yang telah dikhususkan untuk lampu bacaan).

Pihak perpustakaan telahpun mengeluarkan amaran melalui sistem siaraya mengenai perkara ini dari masa ke semasa dan anda akan ditegur sekiranya didapati melakukannya. Pihak perpustakaan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan peralatan yang anda gunakan semasa di perpustakaan yang di dapati akibat daripada perbuatan ini.

Sekian, dimaklumkan.

Tuesday, November 10, 2009

Larangan membawa bahan makanan dan minuman

Para pengguna perpustakaan adalah ditegah membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakaan. Ini adalah berdasarkan peraturan no. 4 iaitu "Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising, makan, minum, merokok, menyanyi, tidur dan membuat sesuatu yang boleh menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan."

Sejak akhir-akhir ini ramai di kalangan pelajar yang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam perpustakaan dan pihak perpustakaan boleh mengambil tindakan tegas ke atas perkara berikut.

Sehubungan dengan itu, pihak perpustakaan berharap agar pengguna perpustakaan dapat mematuhi segala peraturan-peraturan perpustakaan.

Saturday, November 7, 2009

Tahniah !

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 daripada Perpustakaan Tuanku Bainun bergambar dengan Pendaftar UPSI, Dato' Rusley Taib pada 4 November 2009.

Ahli-ahli kumpulan KIK Perpustakaan Tuanku Bainun, Oasis bergambar dengan Dato' Rusley Taib bersama penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008.

Friday, November 6, 2009

OASIS juara !

Tahniah kepada kumpulan OASIS daripada Perpustakaan Tuanku Bainun di atas kejayaan mendapat tempat pertama di dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berlangsung pada Khamis 5 November 2009.

Hasil inovasi kumpulan ini telah berjaya menambat hati juri dan seterusnya menempa kejayaan di peringkat UPSI. Tahniah kepada ahli-ahli kumpulan ini dan mereka yang membantu di dalam menjayakan projek ini. Sasaran berikutnya : peringkat IPTA !

Tahniah kumpulan OASIS !!

Wednesday, November 4, 2009

Britannica Online



The award-winning Britannica Online delivers fast and easy access to high quality and comprehensive information. The rich combination of Encyclopedia Britannica plus Meriam-Webster's Collegiate Dictionary and Thesaurus, magazines and periodicals, and many other research tools provides the variety of reliable sources that students need to consult when conducting through research from all one database. Available within the UPSI campus network only. No password and user id is required to log in.

Tuesday, October 27, 2009

Bengkel Tulisan Jawi 29-10-2009


Bersempena Kempen Galakan Membaca 2009, pihak perpustakaan akan mengadakan satu bengkel tulisan jawi yang akan disertai oleh masyarakat setempat (Tjg Malim). Objektif utama bengkel adalah untuk membudayakan penulisan jawi pada masa kini di kalangan masyarakat umumnya.

Maklumat bengkel adalah seperti berikut :-

Penceramah :
Prof Dr Muhammad Bukhari Lubis
Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu
Fakulti Bahasa

Tarikh : 29 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 pg - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Serbaguna 2, Aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun

Sukacita dimaklumkan ibubapa, jiran dan kakitangan dijemput hadir untuk menyertai bengkel ini.

Sekiranya berminat, sila berhubung terus dengan urusetia bengkel,
Nurfaizah/Noriati | ext:6832 @ Zarinah | ext:6771

"Bersama kita memartabatkan tulisan jawi"

Wednesday, October 21, 2009

Makluman Kelab Sahabat Pustaka


Makluman kepada semua ahli Kelab Sahabat Pustaka baru dan lama, akan diadakan satu majlis bacaan Yaasin dan Jamuan Akhir Tahun pada 23hb Oktober 2009 bertempat di Bilik Serbaguna 2 (Aras 4) pada jam 8.00 malam.

Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki membayar RM5.00 kepada Pengawal Perpustakaan selewat-lewatnya hari Khamis 22hb Oktober 2009. Kerjasama anda amat dihargai. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Friday, October 16, 2009

Penutupan operasi PTB

Para pelanggan Perpustakaan Tuanku Bainun yang dihormati,

Perpustakaan akan ditutup pada Sabtu 17 Oktober 2009 dan Ahad 18 Oktober 2009 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah dan penyambungan bekalan untuk projek Bangunan E-Learning oleh kontraktor Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda (JPPHB) UPSI.

Sehubungan dengan itu, semua perkhidmatan kaunter dan atas talian Perpustakaan Tuanku Bainun akan tergendala pada tarikh-tarikh yang dimaksudkan di atas.

Bagi urusan pemulangan atau pembaharuan pinjaman bahan, para pelanggan bolehlah meneruskan urusan tersebut pada Isnin 19 Oktober 2009.

Sebarang pertanyaan lanjut sila ajukan ke Pustakawan Meja Penasihat Pembaca di talian 05-450 6832 atau kaunter perkhidmatan pelanggan di talian 05-450 6802.

Segala kesulitan amat dikesali.

BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

Monday, October 12, 2009

Wacana Buku 14-10-2009

Aturcara :
2.30 ptg - Ketibaan tetamu
2.45 ptg - Bacaan doa
2.50 ptg - Wacana buku “Biotechnology: An Introduction”
4.30 ptg - Sesi soal jawab
5.00 ptg - Penyampaian cenderamata
5.05 ptg - Jamuan & bersurai

Maklumat lanjut sila rujuk edaran ini : Lampiran

Thursday, October 8, 2009

Kawasan Hot Spot PTB


Perpustakaan Tuanku Bainun telah menyediakan kawasan khas untuk penggunaan komputer riba (hot spot area) kepada semua pelanggannya bertempat di Meja Karel Terbuka, Aras 3, Perpustakaan Tuanku Bainun.


Oleh yang demikian, pihak kami memohon kerjasama dari pelanggan yang menggunakan komputer riba agar menggunakannya di ruangan ini. Anda tidak lagi dibenarkan menggunakan komputer riba di aras lain serta menggunakan soket lampu meja bagi mengelakkan gangguan elektrik berlaku.

Kerjasama anda dalam hal ini amatlah dihargai.

Wacana Buku 09-10-2009


Tarikh : Jumaat, 9 Oktober 2009
Masa : Bermula 9.00 pagi
Tempat : Bilik Serbaguna 1, Aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

Aturcara :
8.30 pagi - Ketibaan tetamu
9.00 pagi - Bacaan doa
9.05 pagi - Wacana buku “P. Ramlee: The Bright Star”
11.30 pagi - Sesi soal jawab
12.00 tgh - Penyampaian cenderamata

Edaran : Muat turun

Bengkel Mind Mapping


Adalah dimaklumkan, Perpustakaan Tuanku Bainun akan menganjurkan Bengkel Mind Mapping untuk semua warga UPSI. Program ini terbuka kepada mahasiswa/i serta kakitangan dan ahli keluarga kakitangan (anak-anak kakitangan yang bersekolah menengah sahaja).

Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Serbaguna 2, Aras 4,Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI
Yuran Penyertaan : RM 5.00 - Pelajar, RM 10.00 - Kakitangan

Borang penyertaan boleh didapati di Kaunter Keselamatan Perpustakaan Tuanku Bainun.

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blog rasmi Perpustakaan Tuanku Bainun(PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Blog ini akan mengutarakan makluman-makluman penting serta aktiviti-aktiviti yang telah, sedang dan akan diadakan oleh pihak PTB. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memudahkan penyampaian makluman penting kepada para patron kami sebagai tambahan terhadap hebahan melalui Pustaka Portal yang sedia ada.

Dari masa ke semasa pihak PTB akan berusaha untuk memastikan para patron kami sedia dimaklumkan terhadap sebarang berita terkini melalui blog ini.