Thursday, December 20, 2012

Tahniah Kepada Pemenang 'Library InfoHunt 2012'


Peserta Pertandingan Bergambar Bersama Ketua Pustawan

 Bertempat di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI, pada Khamis  20hb Disember 2012 telah berlangsungnya pertandingan ‘Library InfoHunt 2012’. Pertandingan ini merupakan aktiviti penutup kepada Program Ilmu & Budaya Membaca 2012. Objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan orang ramai mengenali dan mengunjungi perpustakaan dan mendedahkan para peserta kepada kemudahan serta koleksi yang terdapat di dalam perpustakaan. Pertandingan ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 14 kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Kumpulan-kumpulan ini terdiri daripada pelbagai kategori pengguna perpustakaan seperti kakitangan UPSI, pelajar diploma, pelajar prasiswazah dan pelajar pasca siswazah. Untuk pertandingan 'Library InfoHunt' ini, peserta diminta untuk mendapatkan serta menyelesaikan kesemua klu yang diberi disamping mengumpulkan serta menunjukkan kesemua bahan bukti yang diperolehi kepada ahli jawatankuasa program.

Pemenang Tempat Pertama Kumpulan Aldebaran
Pemenang tempat pertama Pertandingan ‘Library InfoHunt 2012’ yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300.00, sijil dan hamper adalah kumpulan Aldebaran yang dianggotai oleh Mohamad Syafiq Zainal dan Mohd Fhazrulafifi Zainor Azizi daripada Fakulti Sains Kemanusian. 

Pemenang Tempat Kedua Kumpulan 'Power Buddies
Tempat kedua yang membawa pulang hadiah wang tunai RM200.00, sijil dan hamper, dimenangi oleh kumpulan ‘Power Buddies’ yang dianggotai oleh Nur Aina Nadiah Muhamad dan Nur Shawalliza Yusof daripada Fakulti Pengurusan & Ekonomi. Tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM100.00, sijil dan hamper telah dimenangi oleh kumpulan ‘Teslians’ yang dianggotai oleh Hii Wei Wei dan Charmyne Elvira Anak Rubi daripada Fakulti Bahasa & Komunikasi. Setiap peserta pertandingan juga diberikan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah kepada para peserta telah disampaikan oleh Ketua Pustakawan Puan Rusliza Yaacob.

Pemenang Tempat Ketiga Kumpulan 'Teslians'





Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang Pertandingan 'Library InfoHunt 2012'.

Tahniah Kumpulan IQRA !

Tahniah diucapkan kepada kumpulan IQRA iaitu kumpulan Inovatif dan Kreatif Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) yang telah berjaya mendapat Johan di dalam Konvensyen KIK Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah diadakan pada Rabu 12 Disember 2012 yang lalu.

Tahniah Kumpulan IQRA.

Friday, November 23, 2012

Perpustakaan Tuanku Bainun InfoHunt 2012


Bersempena Program Ilmu & Budaya Membaca 2012, Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI akan menganjurkan Pertandingan Perpustakaan Tuanku Bainun InfoHunt 2012. Pertandingan akan berlangsung pada Khamis, 20hb. Disember 2012. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan UPSI (kecuali kakitangan perpustakaan). Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi En. Rozman Che Ross di talian 05-4506797 atau En. Hizam Samin di talian 05-4506558.

Borang penyertaan boleh di muat turun dari laman web rasmi Perpustakaan Tuanku Bainun di http://pustaka.upsi.edu.my , di blog rasmi perpustakaan (pustakaupsi.blogspot.com) dan juga boleh didapati di kaunter  keselamatan perpustakaan serta di meja penasihat pembaca perpustakaan.

Thursday, November 22, 2012

Wacana Minda Kenali dan Cintai Keunikan : Koleksi Nadir

Wacana Minda Kenali dan Cintai Keunikan : Koleksi Nadir
 

Tarikh/Masa : 
Isnin 26 November 2012 / 2.30 Petang
 

Tempat : 
Bilik Serbaguna 1, Perpustakaan Tuanku Bainun

Friday, November 9, 2012

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H

Warga kerja Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H (1 Muharram 1434H | 15 November 2012) kepada semua yang beragam Islam. Moga tahun baru hijrah pada kali ini akan membawa beribu rahmat, rezeki dan keberkatan dalam hidup kita semua. Amin.

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012

Warga Kerja Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI menyucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali (13 November 2012) kepada semua penganut agama Hindu. Moga cahaya kegembiraan dan perpaduan akan kekal selama-lamanya.

Thursday, November 8, 2012

Penambahbaikan akses ke EzProxy


Adalah dimaklumkan bahawa akses terhadap EzProxy melalui http://ezpustaka.upsi.edu.my telah ditambah baik. Kini, setiap pengguna yang mempunyai email rasmi UPSI (Zimbra) yang mempunyai akhiran upsi.edu.my, termasuk bagi PTj dan Fakulti yang mempunyai alamat emel sendiri; boleh mengakses EzProxy secara terus tanpa melalui Pustaka Portal.

Pengguna berkenaan perlulah memasukkan alamat penuh emel. Berikut adalah beberapa contoh (termasuk contoh pengguna di PTj dan fakulti)
b) pengguna@ict.upsi.edu.my (Pusat ICT)
c) pengguna@fsmt.upsi.edu.my (Fakulti Sains dan Matematik)

Kata laluan adalah sepertimana katalaluan emel pengguna berkenaan.

Sekiranya timbul sebarang permasalahan, mohon diajukan menerusi emel ke pustaka@upsi.edu.my

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
PERPUSTAKAAN TUANKU BAINUN

Wednesday, October 31, 2012

Artikel-artikel Pilihan Sept-Okt 2012

Berikut adalah artikel-artikel majalah pilihan sebagai santapan minda warga UPSI. Semua majalah ini boleh diperolehi di Koleksi Terbitan Bersiri, Aras 2, Perpustakaan Tuanku Bainun. Sila klik pada judul di bawah untuk mendapatkan artikel teks penuh anda. Selamat Membaca...
1. 10 cara imbang kerjaya & peribadi 
2. Jangan dilangkah, hilang berkat!
3. Belenggu tabiat buruk pemusnah kerjaya anda
    10 panduan jimat di penghujung tahun
4. Kertas elektronik dimensi baharu teknologi kertas
5. Pendidikan antara tuntutan falsafah dengan profesion
6. Risiko rabun awal jejaskan penglihatan
7. 'Jalan keluar' masalah rumput
8. Zaitun : sumpahan pohon berkat
Bonus : Santapan Selera!
Sandwich Bayam Merah

Wednesday, October 24, 2012

Makluman Penutupan Perkhidmatan Perpustakaan Sempena Aidiladha 2012


Adalah dimaklumkan perkhidmatan Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI akan ditutup kepada semua pengguna pada 26/10/2012 (Jumaat) sehingga 28/10/2012 (Ahad) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Manakala pada 25/10/2012 (Khamis), perpustakaan akan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Harap maklum.

Friday, October 19, 2012

Raja Pensel Warna turun Tanjong Malim



Pada tahun ini, Perpustakaan Tuanku Bainun sekali lagi menganjurkan Program Ilmu dan Budaya Membaca di mana Pesta Buku merupakan salah satu aktiviti yang sering menjadi tumpuan pencinta buku. Pesta Buku kali ini berlangsung dengan dipenuhi pelbagai aktiviti tambahan yang mampu menarik perhatian para pengunjung. Pada 28 September 2012, kemeriahan Pesta Buku UPSI semakin terasa apabila Raja Pensel Warna iaitu Uneh atau nama sebenarnya Hasren Ismail telah menjejakkan kaki di UPSI untuk menjayakan Program Mari Belajar Mewarna Bersama Uncle Uneh. Uneh kini menjadi perhatian  apabila wajah dan kebolehan beliau mewarna sering dapat ditonton di kaca televisyen. 

Program ini dijalankan  dalam 2 sesi iaitu pagi dan petang. Sesi pagi adalah untuk kanak-kanak tadika 5 dan 6 tahun. Manakala sesi petang pula terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam seni mewarna ini. Bayaran yang dikenakan adalah  berpatutan dan percaya atau tidak, ianya amat berbaloi. Kepetahan Uneh dan aksinya yang santai semasa memberi tunjuk ajar telah berjaya membuatkan para peserta terus mewarna mengikut arahan sebagaimana yang ditunjukkan oleh beliau. Apa yang menariknya, peserta kanak-kanak begitu teruja hingga sanggup menuju ke hadapan pentas untuk menunjukkan hasil lukisan mereka kepada Uneh. Ada juga ibubapa yang menemani anak mereka tetapi akhirnya mereka sendiri turut sama menghasilkan lukisan bermotifkan pokok yang menarik. Dalam program ini juga, Uneh telah menunjukkan cara-cara untuk mengasah pensel dengan betul dan menjimatkan. Satu tip yang sangat menarik khususnya kepada ibubapa!

Program ini telah berjaya menarik lebih seratus orang peserta dari yang muda hinggalah ke usia dewasa. Terima kasih kepada semua peserta kerana menyokong aktiviti mewarna bersama Uncle Uneh.   Perpustakaan Tuanku Bainun juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Uneh kerana sudi menjayakan program ini.




Buah selasih buah kelubi 
Untuk hidangan di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Trial Databases : ProQuest Technology Collection, ProQuest Agricultural Science Collection, ProQuest Career and Technical Education, ProQuest Science Journals

ProQuest Technology Collection
Brings together each of ProQuest’s Technology collections along with the combinations of more than 20 million traditional bibliographic records provides the widest and deepest coverage within technology, with over 12 million award-winning, deep-indexed tables and figures for search precision, and over 3000 relevant full-text journals and trade publications providing a vast depth of knowledge within the field

ProQuest Agricultural Science Collection
Featuring over 5 million traditional bibliographic abstracts from AGRICOLA, combined with over 2 million innovative, deep-indexed tables and figures for search precision, and more than 500 full-text journals, this database provide a unique solution for agricultural research,farming systems, food and human nutrition, forestry, and plant sciences.

ProQuest Career and Technical Education
The database provides vocational information for further education colleges, public libraries and institutions offering technical training. With over 780 titles to choose from and with more than 88% content in full text, users can find information on virtually every vocational and technical subject.

ProQuest Science Journals
As a key resources for researches and students in general scientific and technological fields, ProQuest Science Journals delivers over 100 scientific disciplines representing across over 1,200 publications, including over 750 in full text.



All databases available within the UPSI campus network only. No password and user id is required to log in. Trial until 30 November 2012.

Wednesday, October 17, 2012

PTB dalam media - Karya kreatif berwacana



Koleksi Maklumat Pilihan di Perpustakaan Tuanku Bainun

Koleksi Maklumat Pilihan (Special Information Packaging) yang disediakan oleh Unit Perundingan Penyelidikan Penguna, Bahagian Pengurusan Perkhidmatan & Maklumat , Perpustakaan Tuanku Bainun yang dibangunkan sejak tahun 2010 hingga kini  mengandungi pelbagai maklumat pilihan yang telah dikumpul bagi keperluan maklumat semasa bagi kegunaan pelanggan perpustakaan.

Pembangunan koleksi ini merangkumi pelbagai maklumat khusus berkaitan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya. Bahan maklumat yang boleh diperolehi daripada koleksi ini adalah bentuk keratan akhbar (newspaper clupping), keratan artikel majalan (magazine article), laporan tahunan (annual report) dan sebagainya. 

Koleksi maklumat pilihan ini boleh di akses melalui My Account Login di Pustaka Knowledge Portal Perpustakaan Tuanku Bainun dan klik pada EZPorzy Online Database pada tautan PTB ISyS. Sekiranya pengguna mengakses dalam rangkaian universiti (campus network), anda boleh terus klik pada Pangkalan Data I-Sys.

Dibawah dinyatakan beberapa koleksi yang telah dibangunakan iaitu:


Berita UPSI
Koleksi ini merupakan himpunan keratan akhbar dari akhbar arus perdana yang menceritakan berkaitan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang diimbas dan digitalkan.


Pro Canselor UPSI – Tan Sri Dr. Yahaya Ibrahim 
Koleksi khas yang dibangunkan.Bahan maklumat yang boleh didapati dalam koleksi ini adalah dalam bentuk keratan akhbar, keratan artikel dari majalah dan buku tahunan. Ia banyak menceritakan berkaitan dengan Pro Canselor dan juga Kirby.

Koleksi Artikel – Prof Dato’ Dr. Zakaria Kasa
Koleksi Khas yang menghimpunkan artikel keratan akhbar berkaitan dengan Pro Canselor UPSI yang juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara.
 
Koleksi Artikel - Majlis Profesor Negara
Koleksi berkaitan dengan Majlis Profesor Negara yang diterbitkan di media massa. Ia menghimpunkan maklumat berkaitan 14 Kluster yang terdapat dalam Majlis Profesor Negara.

Koleksi Artikel - Penyandang Kursi Za'Ba
Koleksi ini adalah artikel hasil tulisan penyandang Kursi Za'Ba yang diterbitkan di media cetak. Ia dikumpulkan untuk membantu pengguna dalam pencarian maklumat.
 
 
Koleksi Sasterawanan Negara
Koleksi Khas ini dibangunkan untuk menghimpunkan bahan dan maklumat berkaitan dengan Sasterawan Negara.
 
 
 
Koleksi Maklumat - Belanjawan Negara
Koleksi ini menghimpunkan bahan - bahan berkaitan dengan laporan belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri untuk rujukan dan maklumat.  
 
  
 
 
Bahan maklumat ini dikumpulkan bagi membantu para penyelidikan dan pelajar dalam mendapatkan maklumat yang tepat untuk membantu pembelajaran dan penyelidikan.
 
Maklumat disediakan oleh:
Unit Perundingan Penyelidikan Pengguna
Bahagian Pengurusan Perkhidmatan dan Maklumat
 

Thursday, October 11, 2012

Trial Database - InfoSci-Books


Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tuanku Bainun sedang dalam tempoh percubaan untuk pangkalan data InfoSci terbitan IGI Global. Ianya mengandungi koleksi-koleksi jurnal dan ebooks.

Pangkalan data Info Sci menyediakan koleksi kertas-kertas penyelidikan di lebih 200 disiplin yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan teknologi maklumat yang digunakan untuk perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, perubatan, kejuruteraan, pentadbiran awam dan sains sosial. Merupakan pangkalan data utama penyelidikan yang merangkumi koleksi penuh IGI Global terdiri daripada lebih 1,600 buku-buku rujukan dan 145 jurnal dari pelbagai disiplin seperti berikut :
  1. Business Technologies
  2. Database Technologies
  3. Educational Technologies
  4. Electronic Government
  5. Intelligent Technologies
  6. Knowledge Management
  7. Medical & Clinical Technologies
  8. Multimedia Technologies
  9. Security Technologies
  10. Social Technologies
  11. Software Technologies 

Untuk mengakses kepada pangkalan data tersebut, sila ke URL berikut : www.igi-global.com/gateway (untuk akses dalam kawasan kampus sahaja). Tarikh akhir tempoh percubaan adalah pada 31 Oktober 2012. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 05-4506832 atau layari http://pustaka.upsi.edu.my untuk maklumat lanjut.