Saturday, September 16, 2017

Library Roadtour @ Kolej Harun Aminurrashid

16 September 2017 -- Aktiviti Library Roadtour telah dijalankan di Dewan KHAR bersempena Harun Aminurrashid Festival (HARFest 1.0). Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dan diantaranya :

▪️ Fun Corner 
▪️ Pameran Perkhidmatan 
▪️ Pameran Buku Baharu
▪️ Pameran Bahan Sumber Media 
▪️ Bengkel Literasi Maklumat
▪️ Peraduan Teka Jumlah Muka Surat Buku

Sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar yang menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.


Bengkel Literasi Maklumat yang dikendalikan oleh En. Afzanizam Dullah Hashim. Bengkel ini telah disertai seramai 70 orang pelajar semester 1 hingga 3. Bengkel ini memberi pendedahan kepada semua pelajar cara-cara pencarian bahan secara atas talian
Aktiviti Fun Corner yang menjadi tarikan pengunjung di dewan KHAR pada hari tersebut

Peraduan Teka Muka Surat Buku yang menjadi tumpuan pelajar



Tahniah kepada pemenang peraduan teka muka surat buku.

Thursday, September 14, 2017

Lawatan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu

14 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan seramai 41 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 10.00 pagi.

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Bergambar kenangan di ruang pameran, Aras 1 Perpustakaan

DI ruang noverl. Aras 4 Perpustakaan

Di dalam Bilik Tayangan, Unit Sumber Media, Aras 4 Perpustakaan

Lawatan berpandu ke sekitar perpustakaan

Wednesday, September 13, 2017

Thursday, September 7, 2017

Lawatan Pelajar Antarabangsa Ambilan September 2017

7 September 2017 --- Perpustakaan Tuanku Bainun menerima lawatan daripada 30 orang pelajar antarabangsa yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa, Program Mobiliti dan International Student Exchange Program (ISEP)

Taklimat perpustakaan oleh Pustakawan Kanan

Ruang novel, Aras 4

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan

Bergambar di hadapan bangunan perpustakaan

Lawatan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Melaka

07 September 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Universiti Islam Melaka seramai 20 orang. Lawatan ini telah dibawa oleh Majlis Perwakilan Pelajar UPSI ke perpustakaan pada jam 3.30 petang

Taklimat perpustakaan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Melihat hasil kraftangan pelajar UPSI yang dipamerkan di perpustakaan

Bergambar bersama kakitangan perpustakaan dan wakil dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPSI

Taklimat akhir di dalam auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun

Wednesday, September 6, 2017

Taklimat Pelajar Antarabangsa (Master) Ambilan 2017

6 September 2017 -- Taklimat perpustakaan dan lawatan berpandu untuk pelajar antarabangsa (Master) ambilan 2017 telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun. Seramai 18 orang pelajar telah menghadiri sessi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohamed Zaid bin Mohamed Idris. Lawatan berpandu sekitar perpustakaan dibawa oleh Pustakawan Kanan, Puan Firdausiah Ahamad

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Encik Mohamed Zaid bin Mohamed Idris

Pelajar antarabangsa yang menghadiri sessi taklimat perpustakaan di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun

Lawatan bepandu sekitar perpustakaan

Bergambar kenangan

Taklimat Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ambilan September 2017/2018

6 September 2017 --- Taklimat perpustakaan kepada pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Ambilan September 2017/2018 di Dewan SITC & Auditorium UPSI.
Selamat datang ke UPSI dan semoga menjadi pelajar yang cemerlang 2A(Akademik & Akhlak)

Taklimat perpustakaan untuk pelajar baru

Taklimat di dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Taklimat di sampaikan oleh Pustakawan Kanan, Puan Firdausiah Ahamad

Di dalam Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Friday, August 25, 2017

Lawatan SMA Parit Sulong, Johor

25 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Johor seramai 44 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 9.30 pagi

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan
Bergambar kenangan. Pihak perpustakaan menerima cenderahati daripada pihak sekolah

Lawatan sekitar perpustakaan
Ruang Teabrary, aras 1 perpustakaan

Wednesday, August 23, 2017

Bengkel Reference Manager Tools (Mendeley)

23 Ogos 2017 -- Unit Latihan UPSI telah mengadakankan Kursus Reference Manager Tools (Mendeley) khusus untuk pustakawan dan pensyarah. Seramai 45 peserta kursus termasuk pensyarah dan pustakawan telah menghadiri kursus selama sehari itu yang diadakan di Makmal IT, Perpustakaan Tuanku Bainun

Sebahagian daripada peserta kursus

Pustakawan yang menghadiri kursus

Antara pensyarah yang turut serta
Timbalan Ketua Pustakawan turut sama hadir ke kursus Mendeley

Tuesday, August 22, 2017

Lawatan SMK Keladi, Kedah

22 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi, Kedah seramai 44 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) UPSI ke perpustakaan pada jam 9.30 pagi

Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Bergambar kenangan bersama kakitangan perpustakaan

Pelawat di ruang pameran, aras 1

Program Khidmat Masyarakat (CSR) Di Hospital Slim River


22 Ogos 2017 --- Perpustakaan Tuanku Bainun mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Hospital Slim River. Pelbagai aktiviti dijalankan diantaranya adalah :

✱Story Telling
✱Origami
✱Seni & Kraf
✱Nyanyian


Semua aktiviti ini telah diadakan dengan pesakit kanak-kanak yang mengalami masalah mild autisme, cerebral palsy, hyperactive dan dyslexia.

Perpustakaan Tuanku Bainun turut menyumbangkan buku kepada pihak hospital dan membuat lawatan ke wad pediatrik.

Terima kasih Hospital Slim River atas kerjasama yang diberikan

Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob menyerahkan cenderahati ikatan buku kepada Pakar Pediatrik Hospital Slim River, Dr. Nizam Malik bin Bali Mahomed sebagai simbolik sumbangan buku-buku daripada Perpustakaan Tuanku Bainun kepada Hospital Slim River

Melawat pesakit kanak-kanak di wad pediatrik dan memberikan cenderahati kepada pesakit

Pesakit kanak-kanak turut dihiburkan oleh Dr HootHoot, maskot Perpustakaan Tuanku Bainun

Pelbagai aktiviti dijalankan oleh kakitangan perpustakaan di Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Slim River

Bergambar bersama kakitangan hospital dan kanak-kanak yang menyertai program. Kanak-kanak ini mengalami masalah mild autisme, cerebral palsy, hyperactive dan dyslexia

Monday, August 21, 2017

Thursday, August 17, 2017

Lawatan peserta Malaysian Technical Cooperation Programme, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)

17 Ogos 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun menerima lawatan peserta Malaysian Technical Cooperation Programme, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) seramai 25 orang termasuk peserta program dan kakitangan INSTUN. Lawatan dibawa oleh Fakuti Sains Kemanusiaan ke perpustakaan pada jam 12.00 tengahari

Lawatan berpandu sekitar perpustakaan dibawa oleh Pustakawan Kanan

Lawatan sekitar perpustakaan

Menonton filem di bilik tayangan, aras 4 perpustakaan

Bergambar kenangan di pintu utama perpustakaan