Monday, March 18, 2019

Lawatan Kolej Vokasional Taiping



18 Mac 2019 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar Kolej Vokasional Taiping seramai 37 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Lawatan ini telah dibawa oleh Fakulti Teknikal & Vokasional (FPTV) ke perpustakaan pada jam 11.00 pagi.


Mengalu-alukan kedatangan para pelawat

Penerangan ringkas sejarah penubuhan Perpustakaan Tuanku Bainun

Bergambar kenangan

Penerangan berkaitan penggunaan Library of Congress Classification

Di ruang bacaan aras 4

Penjelasan bagaimana pencarian bahan di rak 

Di bilik koleksi tesis

Mendengar penjelasan mengenai fungsi pegawai di Meja Penasihat Pembaca

Tuesday, March 12, 2019

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri, Sarawak


12 Mac 2019 -  Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan daripada pelajar SMKA Miri, Sarawak seramai 47 orang termasuk pelajar dan guru pengiring. Diharap lawatan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya.
#read@uni #ptbupsi #cemerlangbersama #weloveupsi


Taklimat ringkas daripada Pembantu Pustakawan Kanan  

Bergambar kenangan di hadapan kawasan pameran

Di hadapan kaunter Unit Sumber Media

Mendengar pertanyaan daripada salah seorang pelajar

Di hadapan Bilik Rujukan Siswazah

Pencarian bahan menggunakan webopac

Menerangkan fungsi Meja Penasihat Pembaca 



Wednesday, March 6, 2019

Majlis Perasmian Read@Uni & Lets Talk Bersama YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran



6 Mac 2019 - Majlis Perasmian Read@Uni UPSI dan aktiviti Let's Talk oleh YBhg. Profesor Dato' Dr. Mohammad Shatar bin Sabran. Terima Kasih diucapkan kepada semua warga UPSI dan organisasi-organisasi luar yang sudi melapangkan masa menghadiri program kami pada hari ini. Seramai 370 orang telah menghadiri program tersebut.
#read@uni #ptbupsi #cemerlangbersama #weloveupsi



Kedatangan disambut oleh maskot perpustakaan


Melihat  koleksi gambar - gambar dan petikan kata-kata beliau di satu sudut perpustakaan


Menurunkan tandatangan


Sepatah dua kata daripada Pn. Siti Sumaizan selaku Timbalan Ketua Pustakawan Kanan


Khusyuk mendengar


Tetamu yang hadir pada hari pelancaran


Pertunjukkan pencak silat daripada pelajar


Menerima bungkusan buku dari maskot perpustakaan sebagai tanda pelancaran majlis



Lets Talk bersama  YBhg. Profesor Dato' 


Kata-kata motivasi daripada YBhg.  Profesor Dato' 








Lawatan Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang



6 Mac 2019 - Perpustakaan Tuanku Bainun menerima permohonan lawatan penanda aras daripada Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang. Seramai 29 orang pelajar dan 6 orang guru menyertai lawatan ini. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat buat para pelajar dan guru. 
#malaysiamembaca #ptbupsi #upsi #we❤️upsi


Bergambar dihadapan perpustakaan

Pelajar dan guru mendengar taklimat yang disampaikan

Taklimat perpustakaan daripada Pustakawan Kanan

Taklimat perpustakaan daripada Pustakawan Kanan bahagian teknikal


Penyampaian cenderahati daripada pihak perpustakaan

Penerangan ringkas di Unit Sumber Media

Penerangan berkaitan  koleksi terbuka




Ujana Ilmu : Pembunuh Dalam Diam


6 Mac 2019 - Berlangsung aktiviti Ujana Ilmu sempena aktiviti Read@Uni yang mengupas tajuk berkaitan Kesihatan Mental : Pembunuh Dalam Diam oleh YBhg. Prof Dr. Rahmatullah bin Abdul Wahab Khan bersama moderator program YM Dr. Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan. Seramai 260 orang telah menjayakan aktiviti ini.
#read@uni #ptbupsi #cemerlangbersama #weloveupsi

Kaunter pendaftaran pada hari tersebut

Penceramah jemputan bersama moderator

Penceramah beramah mesra dengan peserta

Memulakan pembuka bicara 

Sebahagian para jemputan 

Bergambar bersama penceramah



Monday, March 4, 2019

Wacana : Teromba Sebagai Alat Komunikasi Melayu


4 Mac 2019 - Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan wacana teromba sebagai alat komunikasi masyarakat Melayu bersempena dengan program Read@Uni. Wacana ini dibicarakan oleh Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin bersama Datin Paduka Siti Hajar bt Raihan. Program wacana ini telah mencapai objektifnya kerana ianya dapat menarik minat seramai 275 orang peserta yang terdiri daripada jemputan luar, staf akademik dan bukan akademik dan pelajar-pelajar UPSI.

Sesi pendaftaran 

Peserta yang menyertai wacana 

Penyampaian dan kupasan tentang teromba oleh Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli 

Menunjukkan cara pemakaian kain batik sarung yang mempunyai makna yang tersendiri

Bergambar bersama peserta wacana dan kakitangan perpustakaan





Thursday, February 28, 2019

Lawatan Pelajar-Pelajar Antarabangsa (China)

28 Februari 2019 -- Sesi lawatan berpandu bagi program orientasi pelajar-pelajar antarabangsa  telah diadakan di Perpustakaan Tuanku Bainun. Seramai 12 orang pelajar telah menyertai sesi lawatan berpandu sekitar perpustakaan dibawa oleh Pustakawan Kanan, Puan Firdausiah Ahamad.

Bergambar kenangan di dalam perpustakaan
            
Melihat bahan yang ditempatkan di rak terbuka

Penerangan penggunaan OPAC oleh Pustakawan Kanan

Taklimat penggunaan bilik karel
                                                    

Monday, February 25, 2019

Lawatan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai


25 Februari 2019 -- Perpustakaan Tuanku Bainun menerima permohonan lawatan dan bengkel pencarian maklumat daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai, Kuala Lumpur seramai 13 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring. Semoga bengkel pencarian maklumat ini membantu pelajar dalam membuat penyelidikan dan rujukan pembelajaran.



Penerangan pencarian maklumat oleh Pustakawan Kanan.

Pelajar-pelajar IPG yang sedang mendengar penerangan pencarian maklumat.

Pensyarah-pensyarah yang turut sama menyertai bengkel tersebut.

 En. Syamsul Amri selaku Penyelaras Kursus sedang menandatangani  buku pelawat.

   Bergambar di hadapan bangunan perpustakaan sebagai tanda kenangan.