Lawatan Yayasan Warisan Johor



  25 Jun 2019 - Perpustakaan Tuanku Bainun telah menerima lawatan kerja oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ) bersama-sama dengan Ybhg. Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat semula bahan serta artifak Dr. Shaharom Husain (ayahanda kepada Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom) yang disimpan di dalam Perpustakaan Tuanku Bainun untuk dijadikan pameran berkala di Muzium Tokoh Johor. Semoga kerjasama ini dapat menjulang hasil sastera Dr. Shaharom Husain.

#malaysiamembaca#read@upsi#read@uni#weloveupsi


Mengalu-alukan kedatangan Ybhg. Prof  Dr. Hatta Shaharom
Bergambar kenangan di hadapan Perpustakaan Tuanku Bainun

Meneliti sebahagian daripada barang-barang peninggalan arwah bapanya

Wakil dari Yayasan Warisan Johor yang turut sama melihat hasil karya Dr. Shaharom Husain

Cenderahati dari Yayasan Warisan Johor

Berada di dalam Bilik Tokoh

Bergambar kenangan di dalam Bilik Tokoh bersama Ketua Pustakawan