Thursday, February 22, 2018

Wednesday, February 14, 2018

Tuesday, February 13, 2018

Taklimat Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sem 2 Sessi 2017/2018

13 Februari 2018 -- Perpustakaan Tuanku Bainun mengucapkan selamat datang dan setinggi tahniah buat semua pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda Sem 2 yang mendaftar untuk sessi 2017/2018. Mereka adalah sekumpulan kecil yang memilih dan dipilih untuk bersama-sama warga UPSI yang lain untuk mrnjadikan UPSI unversiti no 1 dalam pendidikan. 

Ayuh semua pelajar baharu untuk bersama-sama mencapai kecemerlangan yang memanfaatkan kerjaya diri dan semua disekeliling anda! Selamat menuntut ilmu dan berikan yang terbaik demi mencapai kecemerlangan dalam akademik dan akhlak. 

#ptbupsi #cemerlangbersama


Taklimat perpustakaan dijalankan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah

Taklimat disampaikan oleh Puan Firdausiah Ahamad, Pustakawan Kanan

Seramai 1,300 orang pelajar telah mendaftar menjadi warga UPSI

Taklimat Pelajar Antarabangsa Kemasukan Februari 2018

13 Februari 2018 -- Taklimat perpustakaan dan lawatan berpandu untuk pelajar antarabangsa kemasukan Februari 2018 telah diadakan di Makmal IT, Perpustakaan Tuanku Bainun. Seramai 29 orang pelajar telah menghadiri sessi taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan Ramli. Sessi program literasi maklumat disampaikan oleh Pustakawan Kanan Unit Literasi Maklumat, Encik Afzanizam Dullah Hashim. Lawatan berpandu sekitar perpustakaan dibawa oleh Pustakawan Kanan, Puan Anizah Tumin dan dibantu oleh Pembantu Pustakawan.


Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Puan Siti Sumaizan Ramli

Program literasi maklumat disampaikan oleh Encik Afzanizam Dullah Hashim, Pustakawan Kanan Unit Literasi Maklumat

Lawatan berpandu oleh Ketua Bahagian BPSA, Puan Anizah Tumin

Pelajar dibawa melawat sekitar perpustakaan