Hari Kesihatan Sedunia - Obesiti

Seperti di entri sebelum ini,terdapat satu poster Hari Kesihatan Sedunia-Obesiti telah pun di muat turun namun detail aktiviti tidak dinyatakan. Oleh yang demikian entri ini akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang aktiviti yang telah pun berjaya dilaksanakan sepanjang bulan Mac yang lepas.



Daripada kamus dewan bahasa dan pustaka, obesiti boleh didefinasikan sebagai kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.






Untuk pengetahuan semua,Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan pameran bertema Hari Kesihatan Sedunia - Obesiti bermula dari 22hb Mac hingga 15hb April 2011 bertempat di ruang pameran aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun. Aktiviti ini disasarkan kepada semua warga UPSI (pelajar dan kakitangan) dengan harapan dapat memberi kesedaran kepada warga UPSI tentang bahaya obesiti serta langkah-langkah pencegahan.

Bukan pameran sahaja yang menjadi aktiviti utama utama program,turut diadakan jualan produk kesihatan pada 28hb - 30hb Mac 2011 daripada dua syarikat luar yang telah sudi bekerjasama membuka gerai jualan iaitu syarikat Tasly M Sdn Bhd dan Bella-Z Marketing Sdn.Bhd. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua syarikat yang telah membantu untuk menjayakan aktiviti ini.


















Sepanjang 28hb hingga 30hb Mac juga,tepat pada pukul 5.30 petang suasana di depan Auditorium,UPSI menjadi tumpuan pelajar dan kakitangan kerana berlangsungnya aktiviti Senam Seni 1 Malaysia yang telah dikendalikan oleh En.Fadhli Safuan bin Ahmad Fadzil daripada Pusat Kokurikulum,UPSI. Terima kasih kepada En.Fadli Safuan kerana sudi mengendalikan Senam Seni 1 Malaysia yang begitu menarik dan menghiburkan.Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat didalam menjayakan aktiviti ini.