Wacana Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan : Peranan Bahasa dan Sastera dalam Pembentukan Budaya Nilai Tinggi

 


    Wacana Sasterawan Negara Anwar Ridhwan Semarakkan Jiwa Bahasa dan Sastera di UPSI

Dewan SITC UPSI pada 16 Oktober 2025 menjadi gelanggang wacana ilmu apabila Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan menyampaikan syarahan bertajuk “Peranan Bahasa dan Sastera dalam Pembentukan Budaya Nilai Tinggi.” Program anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun bersama Pejabat Karang Mengarang ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar, dan dimoderatkan oleh Profesor Dr. Azhar Wahid.

Dalam syarahannya, Dato’ Dr. Anwar menegaskan bahawa bahasa dan sastera merupakan tunjang pembinaan tamadun dan jati diri bangsa. Bahasa, jelasnya, bukan sekadar alat komunikasi, tetapi warisan budaya yang membentuk cara fikir dan nilai masyarakat, seperti dihuraikan melalui hipotesis Sapir-Whorf. Sastera pula dilihat sebagai cerminan kehidupan yang merakam pengalaman insan dan menyemai nilai kemanusiaan, seterusnya memupuk budaya ilmu dan estetika dalam masyarakat.

Wacana ini bukan sahaja membuka ruang apresiasi bahasa dan sastera, tetapi turut menyemarakkan semangat kecintaan terhadap khazanah intelektual bangsa di kalangan warga UPSI.

   Wacana Sasterawan Negara menghidupkan semangat bahasa dan sastera di UPSI

Dato’ Dr. Anwar menyampaikan syarahan

       Ditemani oleh moderator,  Profesor Dr. Azhar Wahid

Kenangan bermakna di pentas wacana ilmu

Penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan sebagai moderator