Library Roadtour PTB Meriahkan Pesta Buku UPSI ke-20!
Pada 15 hingga 16 Oktober yang lalu, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) telah menjayakan Program Library Roadtour bersempena dengan Pesta Buku UPSI ke-20. Program ini dianjurkan bagi memperkenalkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan kepada masyarakat, di samping menarik lebih ramai ahli baharu melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan.
Kehadiran mereka mencerminkan sokongan yang positif terhadap usaha PTB dalam memperkukuh peranan perpustakaan bukan sekadar sebagai pusat rujukan akademik, tetapi juga sebagai pusat ilmu dan komuniti yang terbuka untuk semua.Program ini turut memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali lebih dekat fungsi dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Tuanku Bainun, sekali gus memperkukuh hubungan antara perpustakaan dan komuniti luar.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Library Roadtour PTB kali ini. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan bagi memperluaskan capaian ilmu kepada masyarakat!
.jpg)