Pertandingan " Wajah Seiras" sempena Hari Ibu



Syurga dibawah telapak kaki Ibu. Begitulah kata-kata hikmat yang semestinya menjadi pegangan setiap insan bernama anak untuk menyedari betapa besarnya jasa dan kasih ibu kepada kita.


Menyedari hakikat itu, sempena sambutan Hari Ibu yang akan disambut bulan ini, Perpustakaan Tuanku Bainun menganjurkan Pertandingan Wajah Seiras Ibu dikalangan kakitangan UPSI.


Pertandingan ini bermula pada 04 Mei dan akan berakhir pada 18 Mei ini.

Sesiapa yang berminat boleh menghantar penyertaan anda kerana hadiah menarik menanti anda!!!

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Firdausiah bt. Ahamad : 05-4506944/6832

Sekian,terima kasih.