Sambutan Hari Kanak-Kanak Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River

2 November 2017 -- Perpustakaan Tuanku Bainun telah dijemput untuk memeriahkan sambutan Hari Kanak-Kanak di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River. Maskot Perpustakaan, Dr. Hoothoot telah menghiburkan pelajar sekolah sepanjang majlis diadakan. Turut serta memeriahkan majlis ialah Pustakawan Kanan Unit Promosi dan Seranta, Bahagian Perkhidmatan Sokongan Akademik dan Seranta Perpustakaan Tuanku Bainun sebagai wakil perpustakaan. Pelbagai acara menarik yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah

Pelajar-pelajar mengambil peluang untuk beramah mesra dengan Dr. Hoothoot

Bergambar bersama kakutangan perpustakaan dan tetamu jemputan khas serta guru sekolah

Persembahan oleh murid-murid sekolah

Wakil perpustakaan menerima sijl penghargaan daripada pihak sekolah