Gangguan Perkhidmatan Atas Talian Perpustakaan



Adalah dimaklumkan bahawa pada Khamis 16 sehingga Ahad 19hb September 2010 akan dilaksanakan penyelenggaraan ke atas pencawang-pencawang elektrik di UPSI.

Bersehubungan dengan itu, akses terhadap perkhidmatan-perkhidmatan internet kami akan mengalami gangguan sehinggalah bekalan elektrik dipulihkan setelah diminta oleh pihak Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta Benda UPSI agar pihak kami menutup semua perkakasan elektrikal yang digunapakai di Perpustakaan Tuanku Bainun termasuk server-server perkhidmatan kami.

Harap maklum.

Kemaskini @17/9/2010 8:00 AM : Servis-servis atas talian untuk hari ini dimulakan seperti biasa sehingga jam 5:00 petang. Harap maklum.