Tahniah e-Lestari !

Tahniah diucapkan kepada kumpulan e-Lestari iaitu kumpulan Inovatif dan Kreatif Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) yang telah berjaya mendapat naib johan di dalam Konvensyen KIK Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah diadakan pada Selasa 26 Oktober 2010 lalu.

Kumpulan ini yang rata-ratanya dianggotai oleh kakitangan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Koleksi (BPK) PTB telah menghasilkan satu inovasi kerja yang baik melalui pengenalan sistem RL.sys.

Diharapkan kumpulan ini dapat memantapkan lagi persembahan dan mutu isi kandungan untuk pertandingan di peringkat IPTA pula kelak.

Tahniah e-Lestari.