Wednesday, January 26, 2011

Pameran & Jualan Hasil Kraftangan Negeri Perak - Seramik & Labu Sayong

Perpustakaan Tuanku Bainun dengan kerjasama Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif , UPSI, menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama memeriahkan Pameran & Jualan Hasil Kraftangan Negeri Perak - Seramik & Labu Sayong yang diadakan di Perpustakaan Tuanku Bainun. Pelbagai jualan dan aktiviti menarik diadakan untuk semua pengunjung.

Pameran Produk Seramik dan Labu Sayong dari Institut Kraf Negara dan Fakulti Seni,Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK)

Tarikh : 25hb Jan - 28hb Jan 2011 (Selasa - Jumaat)

Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Ruang Pameran, Aras 1,Perpustakaan Tuanku Bainun.

Demonstrasi penghasilan Seramik dan Labu Sayong dari FSKIK

Tarikh : 26hb Jan - 28hb Jan 2011

Masa : Sesi pagi :- 11.30 pagi - 1.30 petang

Sesi petang : 3.30 petang - 5.00 petang

Tempat : Ruang Pameran,Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun.

Jualan Produk Seramik Dan Labu Sayong

Tarikh : 25hb Jan - 28hb Jan 2011 (Selasa - Jumaat)

Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Ruang Pameran, Aras 1,Perpustakaan Tuanku Bainun.

Pengusaha yang terlibat : Bidat Enterprise dan Techno Ceramic

Tuesday, January 25, 2011

Emerald kini di EZProxy

Emerald kini boleh diakses menerusi EZProxy Perpustakaan Tuanku Bainun bermula 25 Januari 2011. Log masuk ke Pustaka Knowledge Portal untuk mengaksesnya.

Monday, January 24, 2011

Diskusi Buku Interlok


Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI menjemput semua pengguna ke majlis Diskusi Buku "Interlok" karya SN Abdullah Hussain yang akan diadakan pada 24 Januari 2011 (Isnin), jam 2.00 petang, bertempat di Bilik Serbaguna 2, Aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.