Monday, February 20, 2012

Notis servis tergendala Perpustakaan Tuanku Bainun

Adalah dimaklumkan bahawa server-server Perpustakaan Tuanku Bainun akan ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan UPS pada hari ini Isnin, 20 Februari 2012 pada kira-kira 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun memohon maaf di atas gangguan ini kerana ianya melibatkan soal keselamatan perkakasan server di Bilik berkenaan. Perkhidmatan yang akan tergendala adalah :
1. Pustaka Portal
2. Makmal E-Jurnal
3. Terminal-terminal OPAC
4. Sistem ILMU.

Segala kesulitan amat dikesali.

Kumpulan Al-Hidayah Perpustakaan, Johan Pertandingan Nasyid Anjuran PEWARIS

Pada 17 Februari 2012, bertempat di Bilik Serbaguna 2, Perpustakaan Tuanku Bainun, kumpulan Al-Hidayah yang merupakan wakil daripada Perpustakaan telah menjuarai pertandingan nasyid anjuran PEWARIS. Kumpulan Al-Hidayah telah menyampaikan lagu berjudul 'Wanita Bertaqwa'. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Al-Hidayah.

Kumpulan Al-Hidayah sedang menyampaikan lagu nasyid bertajuk 'wanita bertqwa'


Diumumkan sebagai juara pertandingan nasyid

Kumpulan Al-Hidayah bergambar bersama hadiah yang telah dimenangi

 Ahli kumpulan Al-Hidayah
Bergambar bersama Ketua Pustakawan Pn.Rusliza Yaacob dan Timb.Ketua Pustakawan,
Pn. Hjh. Siti Sumaizan Ramli