Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012


Pada 29 Februari 2012 (Rabu) yang lalu, Perpustakaan Tuanku Bainun telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat MySyL (Pustakawan Sistem Maklumat Malaysia) BIL.1/2012. Mesyuarat tersebut telah berjaya menghimpunkan  lebih daripada 30 orang ahli yang datang daripada pelbagai IPTA seluruh negara. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Sarifah Abdullah (Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merangkap Pengerusi MySyL).

Antara agenda mesyuarat kali ini adalah Laporan Portal MyUniNet, MyTO & MyULIS, Laporan Sistem Aplikasi Inter Library Loan, Subject Area In MyUniNet dan Pelan Strategik ICT Perpun. Pihak Perpustakaan Tuanku Bainun juga telah mengadakan demo dua sistem yang dibangunkan sendiri oleh perpustakaan iaitu Pustaka VRS (Vendor Rating Systems) dan juga sistem I-SYS (Internal Indexing Systems). Di akhir mesyuarat, kesemua ahli telah dibawa melawat ke kampus baru UPSI yang terletak di Bandar Proton iaitu Kampus Sultan Azlan Shah.