Pameran Tokoh & Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad


Dato’ Dr Hassan Ahmad adalah mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau dikenali ramai kerana telah berjaya menghasilkan lebih 500 buah artikel, esei dan kertas kerja dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang perancangan bahasa dan bidang industri serta pembangunan buku dan penerbitan, selain menghasilkan empat buah buku dan empat karya terjemahan.

Pada 28 Februari 2012 hingga 18 Mac 2012, Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan pameran tokoh Dato’ Dr Hassan Ahmad sempena Wacana Pemikiran Dato’ Dr Hassan Ahmad. Pameran ini telah diadakan di ruang pameran aras 1 Perpustakaan Tuanku Bainun manakala Wacana Pemikiran Dato’ Dr Hassan Ahmad telah diadakan pada 6 Mac 2012 di Bilik Serbaguna 1, Aras 4 Perpustakaan Tuanku Bainun.



Bahan pameran seperti buku penulisan Dato’ Dr Hassan Ahmad dan bunting mengenai beliau diperolehi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kami amat berbesar hati kerana pihak DBP sudi bekerjasama meminjamkan bahan-bahan tersebut untuk menjayakan pameran ini. Antara buku-buku yang dipinjamkan oleh pihak DBP adalah seperti Dasar Buku Negara, Al-Tauhid, Imbasan edisi pertama dan kedua, Melayu Glokal dan lain-lain lagi. Bahan pameran pula mempamerkan biodata Dato’ Dr Hassan Ahmad, ketokohan, hasil penulisan, pengiktirafan dan aktiviti beliau selepas bersara. Beliau telah meninggal dunia pada 31 Ogos 2011. Secara kesimpulannya, pameran ini telah berjaya diadakan untuk perkongsiaan  maklumat bagi semua warga UPSI.

Bahan pameran yang dipamerkan

Bahan pameran yang dipamerkan

Pengunjung melawat ke tapak pameran

Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad

Wacana Pemikiran Dato' Dr. Hassan Ahmad